Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan

Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan
link : Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan

Baca juga


Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan


RIYADH: Presiden Donald Trump semalam, meminta pemimpin Arab dan Islam bersatu membanteras militan selain merayu supaya 'mengusir' pengganas ketika mengurangkan retorik kerasnya mengenai umat Islam.

Trump merujuk Iran sebagai sumber utama kewangan dan sokongan kepada kumpulan militan. Kenyataannya selari dengan Arab Saudi dan menghantar mesej jelas kepada Tehran sehari selepas Hassan Rouhani menang penggal kedua sebagai presiden republikan Islam itu.

Trump tidak menggunakan perkataan kegemarannya 'keganasan radikal Islam' dalam ucapan, petunjuk beliau menerima nasihat menggunakan nada lebih lembut di rantau itu selepas menggunakan frasa itu berulang kali ketika berkempen tahun lalu.

"Keganasan sudah menular ke seluruh dunia. Namun laluan ke arah keamanan bermula di sini, di bumi suci ini.

"Masa depan lebih baik cuma akan menjadi kenyataan jika negara anda dapat mengusir pengganas dan militan. Usir mereka! Usir mereka keluar dari tempat beribadat, daripada komuniti, dari tanah suci dan halau mereka keluar dari dunia," katanya kepada pemimpin kira-kira 50 negara majoriti Islam yang mewakili lebih satu bilion penduduk dunia.

Ucapan pertama Trump di luar negara sebagai presiden menyediakan kesempatan menunjukkan kekuatan dan penyelesaian, berbeza dengan kesukaran membendung skandal yang semakin memuncak di negaranya selepas memecat Pengarah Biro Siasatan Persekutuan (FBI), James Comey hampir dua minggu lalu.

Beliau menggambarkan konflik itu sebagai pertembungan antara baik dan jahat, bukan antara ketamadunan, dan menjelaskan dengan tegas Washington akan bergandingan dengan Asia Barat tetapi mahukan lebih tindakan sebagai balasan. Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan

Sekianlah artikel Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Trump Minta Pemimpin Islam bersatu Banteras Keganasan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/trump-minta-pemimpin-islam-bersatu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :