link : Kenalan WhatsApp Dari UK Sapu RM32,498
Kenalan WhatsApp Dari UK Sapu RM32,498
SUBANG JAYA: Seorang wanita kerugian RM32,498 selepas diperdaya seorang lelaki asing yang dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari, berkata mangsa berusia 42 tahun itu mendakwa mengenali lelaki itu kononnya dari United Kingdom sejak Julai tahun lalu.
Katanya, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki berkenaan, mangsa dijanjikan pelbagai barangan sebagai tanda persahabatan mereka.
"Pada 15 Ogos tahun lalu, mangsa menerima panggilan telefon daripada syarikat kurier mendakwa kononnya barang dihantar kenalan lelaki itu sudah sampai tetapi, tidak boleh dilepaskan kerana mempunyai masalah kastam dan meminta mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun diberikan.
"Mangsa yang terpedaya kemudian melakukan transaksi berjumlah RM32,498 ke akaun terbabit dan hanya menyedari ditipu selepas tidak menerima barang terbabit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat sepasukan anggota cawangan Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menyerbu sebuah rumah di Mutiara Heights, Kajang, dan menahan tiga lelaki warga Nigeria yang disyaki terbabit dalam aktiviti penipuan 'parcel scam'.
Katanya, hasil serbuan pihaknya turut merampas peralatan digunakan sindiket termasuk telefon bimbit, komputer riba, kad sim dan beberapa keping kad ATM.
"Turut ditemui bersama suspek adalah beberapa buah buku yang tertera senarai emel yang digunakan untuk menipu mangsa," katanya. Mohammad Azlin berkata, soal siasat terhadap suspek mengaku terbabit menipu wanita dengan kebanyakan sasaran mereka adalah warga asing.
"Siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesan suspek lain yang terbabit dengan sindiket ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kenalan WhatsApp Dari UK Sapu RM32,498
Sekianlah artikel Kenalan WhatsApp Dari UK Sapu RM32,498 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenalan WhatsApp Dari UK Sapu RM32,498 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kenalan-whatsapp-dari-uk-sapu-rm32498.html