Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir

Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir
link : Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir

Baca juga


Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir

Hilang Pendengaran, Ayumi Hamasaki Tetap Mahu Menyanyi Sehingga Hembusan Nafas Terakhir

Penyanyi popular Jepun, Ayumi Hamasaki memutuskan untuk meneruskan karier nyanyiannya walaupun disahkan bakal hilang pendengaran sepenuhnya.

Perkara itu diluahkan oleh Ayumi, 38, melalui blog rasminya, TeamAyu baru-baru ini.

“Pentas adalah tempat yang paling sesuai dan satu-satunya tempat yang saya ada. Saya tidak boleh memikirkan apa-apa selain muzik.

“Saya akan terus membuat persembahan dan mendengar walaupun pada hakikatnya saya tidak lagi boleh. Saya tetap akan berusaha untuk mencari jalan dan terus maju.

“Saya tidak mahu menagih simpati ataupun perasaan kesian terhadap kejadian yang menimpa diri saya. Apa yang pasti saya tetap akan teruskan menyanyi sehingga nafas yang terakhir,” tulisnya.

Mengulas mengenai kondisinya, Ayumi atau lebih mesra dengan panggilan Ayu memberitahu pendengaran di telinga kanannya semakin lemah dan dia juga kerap mengalami loya serta pening sebelum konsert jelajah tahun ini.

“Selepas pelbagai ujian dijalankan, akhirnya saya dimaklumkan bahawa pendengaran telinga kanan saya (yang telah mengimbangi pendengaran saya setelah telinga kiri tidak boleh lagi mendengar) semakin lemah.

“Saya mula sering berasa pening, muntah-muntah dan tidak boleh berjalan secara lurus ketika berada di studio untuk melakukan persiapan konsert.

“Saya masih lagi tertanya-tanya sebagai sorang penyanyi bagaimana saya harus berdepan dengan masalah pendengaran. Saya berasa dunia saya gelap,” tulisnya.

Terdahulu, Ayumi atau lebih mesra dengan panggilan Ayu mengalami masalah pada telinga kirinya ketika konsert jelajah tahun 2000.

Doktor telah menasihatkan supaya mengurangkan pendedahan terhadap bunyi yang kuat namun dia tetap tidak membatalkan atau menangguhkan siri jelajahnya.

Pada tahun 2008, Ayu disahkan mengalami pekak di telinga kirinya.

Sumber: Astro Gempak

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir

Sekianlah artikel Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walau sudah pekak sepenuhnya, Ayumi Hamasaki putuskan mahu nyanyi hingga hembusan nafas terakhir dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/walau-sudah-pekak-sepenuhnya-ayumi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :