link : Kes Malaria Turun Lebih 90 Peratus
Kes Malaria Turun Lebih 90 Peratus
SEGAMAT: Kes malaria di negara ini menunjukkan penurunan kes lebih 90 peratus sejak Malaysia melaksanakan Program Eradikasi Malaria sejak empat dekad lalu.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramanian, berkata langkah jangka masa panjang itu akhirnya memberi kesan positif dalam usaha menjadikan Malaysia bebas malaria menjelang 2020.
"Pada tahun 1961, jumlah kes malaria hampir mencecah 250,000 kes. Jumlah itu kemudiannya menurun kepada 12,000 kes pada 2000 dan pada tahun lalu, 2,302 kes sahaja.
"Ini adalah satu kejayaan besar kerana kita berjaya menurunkan penularan penyakit daripada seorang pesakit kepada pesakit baharu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2017 di Dewan Putra Felda Palong Timur di sini, hari ini.
Dr Subramaniam yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, walaupun kes malaria dapat dikurangkan, usaha membanteras penyakit ini perlu terus dilaksanakan terutama dalam menghadapi cabaran lain yang berkaitan dengannya.
"Cabaran utama ialah mereka yang mendapat penyakit ini daripada sumber haiwan yang mana parasit penyakit ini wujud khususnya dalam tubuh sejenis monyet.
"Apabila nyamuk menggigit monyet ini, ia boleh memindahkan parasit itu kepada manusia tetapi risiko penularan kes antara manusia kepada manusia lain adalah rendah.
"Selain itu, cabaran lain yang dihadapi ialah mereka yang membawa penyakit dari luar negara khususnya membabitkan pendatang asing tanpa izin. Ini kerana mereka tidak menjalani saringan ujian perubatan dan ini juga turut menyukarkan kita untuk membendung penyakit ini," katanya. BHOnline malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kes Malaria Turun Lebih 90 Peratus
Sekianlah artikel Kes Malaria Turun Lebih 90 Peratus kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kes Malaria Turun Lebih 90 Peratus dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kes-malaria-turun-lebih-90-peratus.html