link : GP Sepanyol: Hamilton Gembira, Puji Mercedes
GP Sepanyol: Hamilton Gembira, Puji Mercedes
BARCELONA: Lewis Hamilton melemparkan pujian ke atas pasukan Mercedes selepas dia dan rakan sepasukan, Valtteri Bottas mendominasi sesi latihan minggu ini di Grand Prix (GP) Sepanyol.
Pada hari yang berangin di Litar Catalunya, juara dunia tiga kali itu membuktikan kehebatannya apabila bangkit daripada kehilangan rentak yang menyebabkan dia menamatkan GP Russia bulan lalu di tempat keempat, tatkala juara milik Bottas yang juga kejayaan sulungnya di Sochi.
Hamilton terpantas ketika sesi latihan di sebelah pagi dan terbaik ketika sesi kedua dengan catatan satu minit 20.802 saat - mendahului pelumba Finland itu dengan kepantasan 0.090s.
"Mereka melakukan kerja yang menakjubkan. Pasukan ini dengan peningkatan ini dan kereta berfungsi sebagaimana dimahukan dan diharapkan," kata Hamilton yang gembira dengan persembahan dalam cuaca sejuk dan mendung di daerah pedalaman perindustrian Barcelona.
"Ia adalah satu permulaan yang baik untuk memulakan minggu ini berbanding di Sochi dan saya amat gembira. Sekarang ini kami hanya perlu fokus dan bekerja.
Saya mahu menjadi nombor satu." Kimi Raikkonen dari Finland di kedudukan ketiga untuk Ferrari manakala keempat, rakan sepasukan serta pemenang empat kali kejuaraan pelumba, Sebastian Vettel.
Dalam pada itu Vettel berkata "Saya tidak gembira ... Saya bergelut untuk mencari rentak.
"Saya tidak mendapat semuanya bersama-sama. Saya tidak terlalu gembira, tetapi saya dapat rasakan kereta bergerak pantas dan ia adalah baik. Saya tidak risau, saya cuma tidak gembira dengan keadaan.
"Saya tidak pernah rasakan saya seorang kapten di atas kapal. Kadang kala orang lain yang mengemudi kapal saya!. Saya harap esok, sesiapa saja dia, ia akan hilang ..." - AFP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel GP Sepanyol: Hamilton Gembira, Puji Mercedes
Sekianlah artikel GP Sepanyol: Hamilton Gembira, Puji Mercedes kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel GP Sepanyol: Hamilton Gembira, Puji Mercedes dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/gp-sepanyol-hamilton-gembira-puji.html