link : Keseimbangan Mampan Mekanisme Permintaan Dan Penawaran Minyak Capai Harga Pasaran Optimum - Rahman Dahlan
Keseimbangan Mampan Mekanisme Permintaan Dan Penawaran Minyak Capai Harga Pasaran Optimum - Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Harga minyak global yang lebih stabil dan seimbang boleh dicapai dengan meransang keseimbangan mampan dalam mekanisme permintaan dan penawaran untuk mencapai harga pasaran yang optimum, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, hari ini.
Beliau berkata Malaysia melihat langkah yang diambil oleh pengeluar minyak utama dunia untuk meneruskan pemotongan pengeluaran mereka sehingga 2018 akan memberi kesan positif kepada ekonomi untuk kedua-dua ekonomi pengeluar dan juga pengguna dalam mencapai agenda pembangunan yang mampan.
"Malaysia mengalu-alukan keputusan yang dipersetujui hari ini di samping mengesahkan komitmen dengan perjanjian ini dan berharap kerjasama ini berjaya.
"Bagi pihak Malaysia dan selepas berbincang dengan Petronas, saya bersetuju untuk komited dengan pemotongan pengeluaran 20,000 tong sehari, seperti mana yang telah dipersetujui oleh ahli-ahli lain, pada tahap yang sama seperti sebelum ini," kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan susulan mesyuarat antara negara-negara OPEC dan bukan-OPEC di Vienna, Austria pada 25 Mei.
Mesyuarat itu diakhiri dengan komitmen berterusan dari negara-negara bukan-OPEC, berikutan keputusan OPEC pada hari yang sama, untuk meneruskan pemotongan pengeluaran bagi sembilan bulan berakhir Suku Pertama 2018. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Keseimbangan Mampan Mekanisme Permintaan Dan Penawaran Minyak Capai Harga Pasaran Optimum - Rahman Dahlan
Sekianlah artikel Keseimbangan Mampan Mekanisme Permintaan Dan Penawaran Minyak Capai Harga Pasaran Optimum - Rahman Dahlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keseimbangan Mampan Mekanisme Permintaan Dan Penawaran Minyak Capai Harga Pasaran Optimum - Rahman Dahlan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/keseimbangan-mampan-mekanisme.html