Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta

Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta
link : Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta

Baca juga


Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta

PELAKON cantik, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta mendedahkan dia dihadiahkan beg tangan jenama Dior oleh suaminya, Zain Saidin sempena hari lahirnya yang ke-45 pada 9 Mac lalu.

Ujar Che Ta, biarpun menerima hadiah sama pada tahun lalu, namun dia tidak kisah andai menerima hadiah berupa beg tangan setiap tahun kerana itu adalah minatnya.

“Suami tahu saya sukakan beg tangan jadi dia hadiahkan saya seutas beg tangan jenama Dior.

“Tahun lepas pun dia beri beg tangan tapi saya tak kisah kalau setiap tahun sama, saya tetap akan terima.

“Bagaimanapun tidaklah bermakna setiap koleksi terbaru saya akan beli. Kadang kala ada design tertentu yang saya minat,” ujarnya ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta Koperasi Tunas Sungai Ara Berhad di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

               
Che Ta bagaimanapun memilih untuk merahsiakan impiannya yang ingin dicapai setelah berusia 45 tahun.

Dalam pada itu, ditanya mengenai ketiadaan Zain ketika meraikan sambutan hari lahirnya di kota London, Che Ta berkata, suaminya ketika itu berada di China atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun dia mendapat keizinan untuk ke London bersama adik beradiknya yang lain.

“Pada awalnya, saya merancang untuk menyambut hari jadi di Hong Kong dan Macau kerana Zain berada di China atas urusan perniagaan.

“Tapi bila saya tanya adik beradik saya yang lain, mereka beritahu tidak berminat dan ada yang diam. Bagaimanapun bila bagitahu nak ke London, ramai pulak yang nak ikut.

“Akhirnya kami bergeraklah ke Kota London tanpa Zain,” jelasnya.

The post Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta

Sekianlah artikel Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadiah sama tiap tahun pun saya terima: Che Ta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2018/03/hadiah-sama-tiap-tahun-pun-saya-terima.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :