Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan
link : Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

Baca juga


Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

SHAH ALAM – Jentera Penerangan UMNO diarah mengetengahkan kecemerlangan prestasi dan kejayaan pucuk pimpinan menguruskan kerajaan dan ekonomi negara sebagai mesej paling berkesan mendekati rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah itu bagi membendung jentera parti daripada terus beretorik dengan hanya memperjelaskan isu-isu politik yang sengaja diwujudkan pembangkang.

Beliau berkata sebagai parti kerajaan, peluang itu harus dimanfaat sebaiknya untuk mewujudkan suasana lebih bijaksana dengan mengemukakan rekod terbaik yang dicapai dalam sektor ekonomi, pemerkasaan agenda bumiputera, jalinan hubungan diplomatik dan sebagainya.

“Jangan kerana terlalu sibuk memperjelaskan fitnah dan politik kebencian yang diuar-uarkan pembangkang menyebabkan kita alpa dan menutup kejayaan sebenar yang telah dicipta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pendekatan kita mesti berasaskan kepada prestasi yang kita capai. Kita mesti tunjukkan kepada rakyat sesuatu yang lebih realistik kerana rakyat lebih bijak untuk menilainya,” kata beliau kepada pemberita selepas program ‘retreat’ Ketua-ketua Penerangan UMNO seluruh negara di sini, hari ini.

Beliau berkata jentera Penerangan UMNO bukan sahaja perlu bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), namun mesti menjauhi sentimen rasa rendah diri yang hanya akan melemahkan parti.

“Selama ini kita banyak disalah ertikan malah dikatakan sebagai rasis. Disebabkan itu, jentera Penerangan UMNO harus terangkan dan perjelas apa itu UMNO dan Barisan Nasional (BN). Siapa kawan sebenar kepada komuniti Cina,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan BN menghadapi kemungkinan pertandingan dua atau tiga penjuru pada PRU14, Annuar berkata jentera parti sentiasa bersedia tanpa mengira perubahan senario politik malah gerak kerja juga bersifat pragmatik.

Katanya, maklumat serta isu yang dibawa semasa sesi mendekati rakyat juga mesti disesuaikan mengikut lokasi selain isu universal mengenai kerajaan harus diterapkan dalam jelajah tersebut. – BERNAMA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan

Sekianlah artikel Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ketengahkan Prestasi Cemerlang Kerajaan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ketengahkan-prestasi-cemerlang-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :