link : Dua Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah
Dua Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah
DUNGUN – Dua lelaki diberkas bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM1,000 dalam tangkapan berasingan di sempadan Jerangau-Ajil, di sini, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Ahmad Zailani Yaacub berkata tangkapan pertama pada pukul 10.30 pagi melibatkan seorang penagih berusia 40 tahun di tepi jalan Peringkat 3, Felda Jerangau.
Katanya hasil pemeriksaan, polis menemukan satu beg sandang warna hitam dipakai suspek yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 4.6 gram.
“Pemeriksaan lanjut ke atas lelaki itu juga menjumpai dua keping kerajang aluminium berisi 20 biji pil disyaki dadah jenis erimin 5 anggaran berat 5.60 gram,” katanya kepada Bernama.
Menurutnya suspek juga mempunyai rekod lampau dan pernah ditangkap di bawah kesalahan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 pada 2014 dan 12(2) ADB 1952 di Dungun tahun lepas.
Jelasnya hasil ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah dan kes disiasat mengikut seksyen 39A (1) ADB 1952.
Sementara itu, dalam tangkapan kedua, seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan di tepi jalan sempadan Jerangau-Ajil kira-kira pukul 4.30 petang.
Ahmad Zailani berkata hasil pemeriksaan menjumpai empat keping kerajang aluminium berisi 40 biji pil disyaki dadah jenis erimin 5 anggaran berat 11.16 gram.
“Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu didapati positif Methamphetamine,” katanya. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Dua Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah
Anda sekarang membaca artikel Dua Lelaki Ditahan Bersama Pelbagai Jenis Dadah dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/dua-lelaki-ditahan-bersama-pelbagai.html