Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok

Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok
link : Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok

Baca juga


Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok


KESETIAAN seekor kucing yang diberi nama panggilan ‘Abang’ menjadi tular di media sosial sekaligus membuktikan bahawa jika kita memberikan kasih sayang kepada insan, atau pun kucing sekali pun mereka pasti akan menjadi teman kita buat selamanya.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Azreen MJ berkongsi cerita kucing peliharaan arwah bapanya.

Menurut catatan Azreen MJ, setelah pemergian bapanya sekitar dua minggu lalu, ‘Abang’ begitu terkesan dan bersikap murung sehingga enggan makan.

‘Abang’ yang sebelum ini seekor kucing yang manja dan nakal tiba-tiba berubah kepada lebih suka menyendiri.


Lebih memilukan, hampir dua minggu ia tidak bersuara, namun sebaik diberitahu akan dibawa ke kubur bapa Azreen MJ, atau dikenali sebagai ‘Atok’, ia langsung mengiau.

Pada 10 Mei, tanpa perlu didukung mahupun diarahkan, ‘Abang’ tahu mencari jalan sedangkan ia tidak pernah ke kubur Allahyarham.

“Ia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium pusara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu,” tulisnya.


Pada malam yang sama, ‘Abang’ pula kembali menghadap Ilahi, genap dua minggu setelah pemergian tuannya.

“Nanti kat sana abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik-adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bang,” tulis Azreen MJ mengakhiri catatannya.

Perkongsian Azreen itu mendapat sambutan daripada netizen yang nyata sayu apabila membaca kisah kesetiaan ‘Abang’.

Netizen menganggap perhubungan ‘Abang’ dan Atok adalah luar biasa dan mereka mendoakan kedua-dua sahabat itu. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok

Sekianlah artikel Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kisah Sayu ‘Abang’ Mati Rindukan Atok dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kisah-sayu-abang-mati-rindukan-atok.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :