Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston

Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston
link : Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston

Baca juga


Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston


BOSTON – Seorang badut antara calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya ahli majlis di Majlis Perbandaran Boston, Amerika Syarikat.

Pat Payaso antara tiga calon baharu bersaing bersama empat penyandang kerusi ahli majlis dalam pilihan raya tempatan yang berlangsung pada 7 November depan.

Menurut laporan akhbar setempat, Payaso yang memakai kostum badut juga tidak menggunakan suara untuk berkempen.

Ketika sidang media bersama calon lain baru-baru ini, Payaso malah tidak bercakap tetapi menggunakan beberapa peralatan dan carta untuk menjawab soalan wartawan.

Dalam kempen di YouTube, Payaso menggelar dirinya ‘ahli politik Boston yang jujur’ dan berjanji untuk cium bayi, bantu kanak-kanak masuk ke sekolah terbaik serta berusaha mewujudkan perumahan mampu milik.

Akhbar Boston Herald melaporkan, nama sebenar lelaki itu adalah Kevin McCrea sebelum dia menukar nama kepada Payaso yang bermaksud badut dalam bahasa Sepanyol, pada Februari lalu.

Dia sebelum ini pernah bertanding merebut kerusi ahli majlis pada 2005 dan pilihan raya datuk bandar Boston pada 2009.

Pengerusi kempen Payaso, Steven Croes berkata, pihaknya masih mengatur kempen pilihan raya dan yakin calon itu layak untuk menjadi ahli majlis.

“Keazaman dan pengalaman Payaso meyakinkan saya untuk menyokongnya dalam pilihan raya ini,” katanya. – Agensi/myMetro Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston

Sekianlah artikel Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Badut Jadi Calon Pilihan Raya Tempatan Boston dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/09/badut-jadi-calon-pilihan-raya-tempatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :