link : Kit Siang pula dipanggil beri keterangan mengenai kerugian forex
Kit Siang pula dipanggil beri keterangan mengenai kerugian forex
Pada 20 April lalu bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil...Khamis giliran otai DAP Lim Kit Siang yang pernah sibuk mempersoalkan kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) dalam aktiviti spekulasi mata wang asing (forex) pada tahun 1990-an pula mengadap Pasukan Petugas Khas yang menyiasat skandal itu.
Kit Siang pada sidang Dewan Rakyat tahun 1993 dan 1994 pernah membawa usul berkaitan isu berkenaan.
Pasukan Petugas Khas terdiri dari tujuh anggota yang dibentuk oleh kerajaan diketuai oleh bekas Ketua Setiausaha Negara ,Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Anwar dalam keterangan beliau mengakui BNM mengalami kerugian besar antara RM15 billion hingga RM30 billion dalam forex pada 1990han.
Kerugian berkenaan berlaku semasa zaman pentabirabn Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu tiba di Kementerian Kewangan di Putrajaya pada pukul 2.16 petang dan beredar pada pukul 2.53 petang.
Beliau ketika ditemui sejurus keluar dari bangunan kementerian itu berkata, pasukan petugas hanya menyoal berkaitan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat pada tahun 1993 dan 1994 berhubung kerugian skandal perdagangan mata wang asing BNM.
“Hanya beberapa soalan yang dikemukakan oleh pihak pasukan petugas. Tiada soalan lain hanya berkaitan usul yang pernah saya bawa pada sidang Dewan Rakyat” katanya.
Menurutnya apa jua maklumat yang beliau ada sudha menjadi pengetahuan umum kerana ia terkandong dalam ucapannya di sidang Dewan Rakyat pada tahun 1993 dan 1994.
Kit Siang diiringi oleh peguam RamKarpal Singh ke situ.

Demikianlah Artikel Kit Siang pula dipanggil beri keterangan mengenai kerugian forex
Sekianlah artikel Kit Siang pula dipanggil beri keterangan mengenai kerugian forex kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kit Siang pula dipanggil beri keterangan mengenai kerugian forex dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kit-siang-pula-dipanggil-beri.html