Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi

Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi
link : Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi

Baca juga


Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi


KUALA LUMPUR – Komitmen Malaysia Airlines (MAS) menyertai inisiatif kempen “Negaraku” wajar dicontohi pihak lain terutama syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, kata Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.

Katanya inisiatif MAS menyemai semangat “Negaraku” di tempat kerja, dalam talian, serta di pelbagai kaunter pelanggan termasuk menampilkan lambang pengenalan istimewa “Negaraku” pada beberapa pesawatnya, juga perlu disokong seluruh rakyat Malaysia.

Ini kerana ia merupakan usaha syarikat penerbangan tempatan itu untuk memupuk perpaduan kaum, agama dan budaya di negara ini, katanya.

“Kita semua termasuk syarikat swasta perlu memainkan peranan sewajarnya dalam menyatupadukan negara secara berterusan.”

“Sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan negaranya, kita perlu sentiasa memastikan semangat “Negaraku” terbang tinggi di awan sebagaimana hebatnya syarikat penerbangan kita meluncur di udara,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Lee berkata rakyat Malaysia perlu menzahirkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam apa jua bentuk, kerana pembangunan ekonomi tidak memberi makna jika tidak wujud rasa saling menghormati dan kurangnya perpaduan serta keharmonian dalam kalangan masyarakat.

Beliau turut menyeru semua pihak menolak sebarang cubaan memecahbelahkan masyarakat melalui kenyataan yang tidak sensitif dan menghormati kaum serta agama lain.

“Kita perlu mendidik anak-anak kita bahawa mereka boleh membesar bersama serta menghargai rakan-rakan yang berbeza warna kulit bagi membangunkan negara,” katanya.

Inisiatif MAS itu turut melibatkan majalah dalam penerbangannya, ‘Going Places’ yang menampilkan beberapa artikel mengenai wira Malaysia.

Dalam pada itu, Lee turut memuji kakitangan syarikat penerbangan yang sedang melalui fasa pemulihan itu, kerana mereka terus memberi perkhidmatan cemerlang walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

“Mereka juga amat berdedikasi terhadap kerja walaupun pelbagai kemudahan dan faedah ditarik balik, manakala jumlah kakitangan pula turut dikurangkan untuk setiap penerbangan,” katanya. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi

Sekianlah artikel Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Komitmen Kempen ‘Negaraku’ MAS Wajar Dicontohi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/komitmen-kempen-negaraku-mas-wajar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :