link : Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Melayu (MPM) akan menganjurkan satu siri kongres bertujuan menghasilkan pelan tindakan ke arah memperluas bidang kuasa setiap Majlis Agama Islam negeri dalam membangunkan ekonomi masyarakat Islam setempat, dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung MPM, Datuk Dr Hasan Mad berkata, kongres itu akan mengumpul pakar-pakar berkaitan bagi mendapatkan idea mereka dalam setiap siri kongres yang dirancang diadakan selewat-lewatnya bermula awal Ogos ini, sebelum berakhir pada penghujung tahun.
Beliau berkata, kongres itu merupakan hasil daripada mesyuarat Lembaga Penasihat MPM pada 18 Mei lepas, yang antara lain mengesyorkan agar bidang kuasa Majlis Agama Islam diperluas bukan sekadar mentadbir hal ehwal berkaitan agama Islam sahaja.
"Kita akan berjumpa dengan Majlis Agama Islam negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan perincian mengenai kongres dan hal-hal yang perlu dibawa ke kongres ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Hasan menjelaskan hasrat meluaskan bidang tugas Majlis Agama Islam adalah untuk melengkapkan peranannya dalam memajukan masyarakat Islam selaras dengan Program Transformasi Negara yang dilaksanakan kerajaan.
Katanya, pelan tindakan yang diperoleh daripada setiap siri kongres akan diserahkan kepada setiap Majlis Agama Islam negeri.
Tambahnya, Lembaga Penasihat MPM pada mesyuarat yang lepas turut mengesyorkan agar segala aspek berkaitan ekonomi orang Melayu wajar dibangunkan di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam negeri, sekali gus meletakkan Raja sebagai pengawal seliaanya. - Bernama malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan
Sekianlah artikel Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kongres Perluas Bidang Kuasa Majlis Agama Islam Negeri Bakal Diadakan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kongres-perluas-bidang-kuasa-majlis.html