Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia

Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia
link : Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia

Baca juga


Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David akan mengetuai cabaran skuad negara pada edisi kelima Kejohanan Beregu Dunia yang akan berlangsung di Manchester, England, dari 1 hingga 5 Ogos ini.

Persekutuan Skuasy Dunia (WSF), dalam kenyataan hari ini, berkata sejumlah 12 negara akan bertanding dalam kejohanan tersebut yang akan menampilkan 17 wakil dalam acara beregu lelaki, 13 dalam acara wanita dan 21 wakil dalam beregu campuran.

Selain Malaysia, kejohanan itu akan turut disertai Australia, Kanada, Colombia, England, India, Malaysia, Belanda, New Zealand, Norway, Scotland, Afrika Selatan dan Wales.

Menurut WSF, butiran mengenai gandingan pemain akan disahkan pada Julai selepas pencalonan dimuktamadkan namun 13 pemain lelaki utama dalam senarai ranking dunia dan 20 pemain wanita utama dijangka menyertai kejohanan kali ini.

Malaysia menyenaraikan Nicol bersama Rachel Arnold dalam acara beregu wanita sementara pasangan lain terdiri daripada Mohd Nafiizwan Adnan-Ivan Yuen dan Muhammad Syafiq Kamal-Ng dalam beregu lelaki.

Dalam acara beregu campuran, Malaysia menyandarkan harapan kepada Rachel dan Ivan.

WSF berkata cabaran pasukan tuan rumah England dijangka diketuai Laura Massaro, James Willstrop, Alison Waters, Daryl Selby dan Sarah-Jane Perry manakala cabaran skuad Wales diketuai Tesni Evans sementara Scotland oleh Alan Clyne.

Skuad New Zealand dipimpin oleh Joelle King dan Paul Coll; Australia oleh Cameron Pilley dan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2014, David Palme manakala India oleh pemenang beregu emas Sukan Komanwel 2014, Dipika Pallikal dan Joshna Chinappa.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia

Sekianlah artikel Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nicol galas cabaran skuad negara pada Kejohanan Beregu Dunia dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nicol-galas-cabaran-skuad-negara-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :