Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016
link : Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

Baca juga


Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016


KETIKA trend penjualan akhbar mencatatkan kemerosotan, Kosmo! terus melakar sejarah apabila kekal menjadi harian berbahasa Melayu yang paling laris di Malaysia untuk sepanjang 2016 lalu.

Menurut laporan terkini dikeluarkan firma pengauditan antarabangsa, Audit Bureau of Circulations (ABC) hari ini, akhbar kompak tersebut berjaya mengatasi saingan terdekatnya, Harian Metro selepas memintasnya pada 2015.

Akhbar terbitan Kumpulan Utusan sejak 2004 itu mencatatkan purata edaran harian bersih sebanyak 163,147 naskhah dari Jun hingga Disember tahun lalu berbanding lawannya hanya 142,262 naskhah untuk tempoh sama.

Kosmo! turut mencipta rekod tersendiri apabila julung kali muncul sebagai harian berbahasa Melayu yang terlaris di Kedah, Perak, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan.

Paling unik, rekod dicatatkan oleh Kosmo! itu mampu dicapai meskipun akhbar tersebut tidak dijual di Sabah dan Sarawak, selain aliran kejatuhan jualan ketara kesemua akhbar bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.

ABC turut melaporkan bahawa Utusan Malaysia yang juga terbitan Kumpulan Utusan mencatatkan edaran harian bersih kira-kira 144,438 naskhah manakala akhbar saingannya, Berita Harian pula hanya setakat 91,229 naskhah.

Dalam pada itu, Mingguan Malaysia kekal sebagai akhbar berbahasa Melayu paling tinggi edarannya iaitu sebanyak 123,575 naskhah diikuti Kosmo! Ahad (182,597) dan Metro Ahad (154,548) dan BH Ahad sekadar 90,809 naskhah.

Setakat ini harian berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh masih kekal sebagai akhbar paling laris di Malaysia iaitu kira-kira 316,564 naskhah manakala The Star dengan 220,972 naskhah muncul akhbar berbahasa Inggeris yang popular.

Trend kejatuhan edaran akhbar tempatan seiring dengan senario peralihan minat pembaca beralih kepada platform digital yang dikatakan lebih pantas dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa. – Mynewshub.cc/HAA

Loading...


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016

Sekianlah artikel Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kosmo! Kekal Akhbar Harian Melayu No.1 Pada 2016 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/kosmo-kekal-akhbar-harian-melayu-no1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :