link : Enam Jihadis Indonesia,Msia Terbunuh Di Marawi
Enam Jihadis Indonesia,Msia Terbunuh Di Marawi
MANILA, Filipina: Enam orang pelampau Islam termasuk rakyat Malaysia dan Indonesia terbunuh apabila tentera negara itu meneruskan operasi untuk mengusir kumpulan militan itu keluar daripada bandar Marawi di daerah Lanao del Sur, Mindanao.
Helikopter penyerang dan pasukan khas telah bersiap sedia di bandar itu bagi menangani krisis tersebut.
Rabu lalu, sekumpulan militan bersenjata yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ISIS telah dilaporkan menyerang bandar yang terletak di selatan Filipina itu.
Sekurang-kurangnya 15 orang lelaki bersenjata api daripada sebuah kumpulan pelampau Muslim bernama Maute menyerang bandar itu dengan membawa senapang.
Pada Mac lalu, Presiden Duterte meminta bantuan daripada datuk bandar di kawasan penduduk Islam di selatan negara itu bagi menangani militan Islam dan mengancam untuk mengenakan undang-undang tentera di sana jika masalah itu tidak diselesaikan.
Tahun lalu, Duterte berjanji untuk mengabaikan hak asasi manusia jika perpecahan kumpulan Daesh di Timur Tengah menjadikan pemberontakan Islam di negaranya bertambah buruk.
Maute merupakan kumpulan radikal Islam yang terdiri daripada bekas gerila Barisan Pembebasan Islamik Moro dan beberapa lagi kumpulan pejuang asing.
Mereka dipercayai telah mengambil nama mereka dari pengasasnya iaitu Abdullah Maute.-MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Enam Jihadis Indonesia,Msia Terbunuh Di Marawi
Anda sekarang membaca artikel Enam Jihadis Indonesia,Msia Terbunuh Di Marawi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/enam-jihadis-indonesiamsia-terbunuh-di.html