link : Lahirnya Seorang 'Sam Junior' Pada Jam 11 Pagi.
Lahirnya Seorang 'Sam Junior' Pada Jam 11 Pagi.
Pasangan pelakon Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada jam 11 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Ampang, dekat ibu negara.
Shaheizy atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, 34, berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya sejurus selepas Syatilla selamat melahirkan bayi lelaki mereka.
"Alhamdulillah, terima kasih atas doa yang baik-baik daripada anda semua. Apa nak bagi nama dia ek?" tulis pelakon popular itu.
Sementara itu, ibu Sam, yang juga seorang pelakon Khaty Fauziah atau nama sebenarnya Fauziah Khatijah Musa juga tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama berkongsi detik gembira itu dengan mengucapkan tahniah kepada anak dan menantunya.
“Selesai sudah, hari ini 9.05.2017 lahirnya seorang insan lelaki #samjunior. Tahniah anakandaku @shaheizy_sam & @samtilla ” katanya di akaun Instagram miliknya.
Sam dan Syatilla atau nama penuhnya Siti Nor Syatilla Amirol Melvin, 26, selamat diijab kabul pada 8 Februari 2016 di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pulau Pinang.
Majlis perkahwinan pasangan itu menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM25 juta, sekali gus dilabel sebagai 'wedding of the year' ketika itu.
Jumlah itu termasuk barang kemas bernilai RM20 juta dan selebihnya melibatkan persiapan majlis seperti pakaian, dekorasi, pelamin serta cenderahati.-Malaysiakini
Demikianlah Artikel Lahirnya Seorang 'Sam Junior' Pada Jam 11 Pagi.
Sekianlah artikel Lahirnya Seorang 'Sam Junior' Pada Jam 11 Pagi. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lahirnya Seorang 'Sam Junior' Pada Jam 11 Pagi. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lahirnya-seorang-sam-junior-pada-jam-11.html