Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik

Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik
link : Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik

Baca juga


Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik


Pemansuhan dasar kabotaj yang diperjuangkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mendapat reaksi yang berbeza dari pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak.

Pengerusi DAP Negeri, Chong Chieng Jen menyifatkan tindakan Abang Johari untuk menghapuskan dasar kabotaj sebagai tidak peka kepada kesan buruk terhadap industri perkapalan.

Menurutnya, industri perkapalan akan terjejas terus dan ramai pekerja industri tersebut akan hilang pekerjaan.

Dasar kabotaj merupakan polisi kerajaan persekutuan sejak lebih 30 tahun lalu dengan mewajibkan kapal barangan yang diniagakan perlu melalui Pelabuhan Klang.

Sebelum ini ramai pihak termasuk pemimpin serta tokoh tertentu berpendapat dasar tersebut dipercayai menyebabkan harga barang yang dijual di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding Semenanjung.

Bagaimana pun sentimen berkenaan bertukar kritikan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan dasar itu pada Sabtu lepas atas desakan pemimpin negeri.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching berkata, tindakan memansuhkan dasar tersebut sebagai bukti kerajaan tidak peka terhadap realiti.

Malah katanya, langkah berkenaan tidak akan berjaya menurunkan harga barang seperti yang dijangka ramai pihak.

Beliau turut mendesak mendesak Ketua Menteri mengkaji semula keputusan tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, Persatuan Pemilik Kapal Sarawak dan Sabah (SSSA) dan Persatuan Perkapalan Sarawak (SSA) meminta kerajaan mengkaji semula keputusan pemansuhan dasar kabotaj, atas alasan akan menjejaskan kira-kira 18,000 pekerja industri terbabit.

Dari sisi lain, tindakan Perdana Menteri dan Ketua Menteri memansuhkan dasar berkenaan akan memunculkan lebih ramai musuh politik baru yang perlu mereka hadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Senario ini hampir menyamai isu penjana tenaga bebas (IPP) yang bertahun-tahun menerima kritikan sebagai tidak adil dan membebankan pengguna.

Perkara sebaliknya berlaku apabila kerajaan pimpinan Najib mengambil alih semua IPP tersebut, yang menyebabkan kantong pengusaha-pengusaha IPP terjejak teruk, dan menyebabkan tokoh-tokoh tertentu tiba-tiba bangkit sebagai ‘pejuang rakyat’.

Kesimpulannya, pemansuhan dasar kabotaj juga akan memunculkan beberapa 'pejuang rakyat' di negeri ini serta menambah bilangan musuh politik kepada PM Najib. – Sarawakiana
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik

Sekianlah artikel Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemansuhan Dasar Kabotaj – Bantahan Dan Musuh Politik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pemansuhan-dasar-kabotaj-bantahan-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :