link : Lawatan Ke Parlimen Bukan Gula-Gula Politik
Lawatan Ke Parlimen Bukan Gula-Gula Politik
ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan siri lawatan kepimpinan kerajaan negeri ke setiap Parlimen bukan gimik atau gula-gula politik untuk meraih populariti.
Sebaliknya, Mohamed Khaled berkata, program lawatan yang dilakukan itu adalah bersebab dan mempunyai kepentingan serta objektif tersendiri demi kebaikan dan kemajuan rakyat.
"Melalui lawatan ini, kerajaan negeri serta saya sendiri akan berpeluang melakukan beberapa perkara penting dengan lebih berkesan.
"Ini termasuk membuka ruang untuk kita memantau sendiri perkembangan bagi segala agenda pembangunan, projek serta program pro rakyat yang sedang atau bakal dilaksanakan di suatu kawasan Parlimen.
"Malah, dalam lawatan ini segala komitmen serta titik sentuhan yang sebahagian besarnya dinyatakan dalam Bajet 2017 diumumkan dan dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Kota Iskandar di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Suhaimi Salleh (BN-Kukup) mengenai lawatan pihak kepimpinan ke setiap Parlimen yang dipertikaikan individu tidak bertanggungjawab yang disifatkan sekadar untuk meraih populariti.
Lawatan ke Parlimen bermula sejak 3 Januari lalu di Parlimen Johor Bahru, yang sehingga kini sudah membabitkan program turun padang ke 22 kawasan Parlimen.
Mohamed Khaled berkata, secara keseluruhan siri lawatan itu membabitkan lebih RM1.4 bilion projek yang akan dan sedang dibangunkan melalui kerajaan negeri, Pusat, swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Saya berharap, kita semua dapat mengurangkan rasa prejudis dan sikap premis yang tidak berasas bagi setiap program dan tindakan yang dilakukan pihak kerajaan.
"Ambillah ruang untuk bersama-sama membantu dan menyumbang supaya segala agenda yang mendatangkan manfaat kepada rakyat Johor dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lawatan Ke Parlimen Bukan Gula-Gula Politik
Sekianlah artikel Lawatan Ke Parlimen Bukan Gula-Gula Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lawatan Ke Parlimen Bukan Gula-Gula Politik dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lawatan-ke-parlimen-bukan-gula-gula.html