link : MITI Jangka Perdagangan Malaysia-Laos Terus Berkembang Tahun Ini
MITI Jangka Perdagangan Malaysia-Laos Terus Berkembang Tahun Ini
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjangkakan perdagangan antara Malaysia dan Laos akan terus berkembang dua angka tahun ini, walaupun suasana persekitaran ekonomi yang mencabar.
Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pada 2016, jumlah perdagangan Malaysia-Laos meningkat 76 peratus kepada AS$30.9 juta berbanding AS$17.7 juta bagi tempoh yang sama pada 2015.
"Mengenai pelaburan, beliau berkata antara 2011-2015, Malaysia melabur AS$570 juta di Laos dan negara kita adalah pelabur asing keempat terbesar di negara itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Perniagaan Malaysia-Laos di sini, hari ini.
Forum itu dirasmikan Perdana Menteri Laos, Dr Thongloun Sisoulith, sempena lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi mengukuhkan hubungan dua hala.
Mustapa berkata, syarikat Malaysia perlu mengambil peluang ini untuk meneroka potensi pasaran yang besar di Laos, terutama dalam segmen pelancongan, infrastruktur, pertanian serta penjagaan kesihatan swasta.
"Laos adalah antara negara di ASEAN yang diunjur berkembang melebihi tujuh peratus setahun dalam tempoh beberapa tahun akan datang, yang menunjukkan besarnya potensi negara yang kaya dengan sumber ini.
"Antara sasaran utama dalam meningkatkan eksport ke Laos ialah bahan binaan, mesin, barangan pengguna dan produk perubatan pakai buang," katanya.
Dalam ucapan alu-aluannya, Mustapa berkata kehadiran Malaysia di Laos terus berkembang sejak 10 tahun lalu.
Setakat ini lebih 25 syarikat Malaysia aktif beroperasi di Laos dalam bidang utama seperti tenaga hidro, perlombongan, pembangunan zon khusus serta projek infrastruktur, terutama kereta api.
"Malaysia dan Laos kini melaksana inisiatif liberalisasi ekonomi dalam negara dan di peringkat serantau.
"Kita perlu terus mempromosikan usaha sama dua hala secara berterusan bagi memanfaatkan pelengkap ekonomi masing-masing," kata Mustapa. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel MITI Jangka Perdagangan Malaysia-Laos Terus Berkembang Tahun Ini
Sekianlah artikel MITI Jangka Perdagangan Malaysia-Laos Terus Berkembang Tahun Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MITI Jangka Perdagangan Malaysia-Laos Terus Berkembang Tahun Ini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/miti-jangka-perdagangan-malaysia-laos.html