link : Layak Bawa Pistol Kerana Tugas, Kata Mazlan
Layak Bawa Pistol Kerana Tugas, Kata Mazlan
gambar fail |
MIRI: Anggota polis berpangkat Inspektor dari Belaga yang didakwa menembak mati seorang wanita petang semalam mempunyai kebenaran membawa pistol kerana masih betugas selepas menghadiri taklimat di Kuching.
Memetik laporan Berita Harian Online, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mazlan Mansor berkata, berdasarkan standard operasi prosedur (SOP), anggota terbabit berhak menyimpan pistol yang dibawanya.
“Pistol dan peluru itu sudah dirampas manakala suspek sudah ditahan untuk prosedur reman petang ini.
"Pistol dibawanya untuk kegunaan mencegah jenayah perlu diserahkan ke balai jika tidak bertugas," katanya.
Dalam kejadian sekitar jam 3.15 petang semalam, suspek yang berstatus duda itu dipercayai telah datang ke rumah mangsa di Kampung Kakai Serian sebelum menembak mati wanita terbabit yang dikenali sebagai Siti Nadirah Abdullah, 33.
Bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan suspek di sebuah pasaraya di bandar Kuching sekitar jam 9.40 malam tadi.-Sarawakiana
Demikianlah Artikel Layak Bawa Pistol Kerana Tugas, Kata Mazlan
Sekianlah artikel Layak Bawa Pistol Kerana Tugas, Kata Mazlan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Layak Bawa Pistol Kerana Tugas, Kata Mazlan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/layak-bawa-pistol-kerana-tugas-kata.html