link : Lebih 2 Juta Guna MRT Fasa 1 Sejak Disember Lalu
Lebih 2 Juta Guna MRT Fasa 1 Sejak Disember Lalu
PETALING JAYA: Lebih dua juta pengguna menggunakan perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) Fasa 1 sejak ia mula beroperasi 16 Disember tahun lalu.
Timbalan Pengurus Besar Komunikasi Strategik MRT, Leong Shen Li, berkata jumlah itu akan meningkat selepas MRT Fasa 2 laluan Sungai SBK sejauh 30 kilometer (km) beroperasi Julai ini.
Katanya, MRT Fasa 2 akan membolehkan ia diintegrasi dengan stesen perkhidmatan tren lain seperti Sistem Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
"Saya ingin umumkan di sini, MRT yakin kita dapat memulakan operasi Fasa 2 pada Julai ini, seperti yang dirancang awal bagi membuka akses mudah kepada perkhidmatan awam lain. "(Fasa 2) adalah tiga bulan dari sekarang. Saya percaya semua rakyat Malaysia sudah teruja untuk mencuba perkhidmatan baharu berkenaan.
"Ia akan memudahkan pengguna untuk bergerak ke lokasi popular negara seperti Bukit Bintang tanpa perlu menempuh jalan yang sesak," katanya berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Sambungan Sunway Nexis ke MRT Surian di Sunway Nexis, di sini.
Turut hadir Pengarah Urusan Sunway Bhd (Bahagian Pembangunan Hartanah bagi Malaysia dan Singapura), Sarena Cheah dan Pengarah Projek Sunway dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Adly Sham. BHOnline
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lebih 2 Juta Guna MRT Fasa 1 Sejak Disember Lalu
Sekianlah artikel Lebih 2 Juta Guna MRT Fasa 1 Sejak Disember Lalu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lebih 2 Juta Guna MRT Fasa 1 Sejak Disember Lalu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lebih-2-juta-guna-mrt-fasa-1-sejak.html