“Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ

“Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ
link : “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ

Baca juga


“Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ

“KALAU setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” demikian reaksi Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

TMJ

Beliau berkata demikian berikutan ketiadaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang, Sabtu lalu.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam itu, turut dihadiri oleh tiga Kerabat Diraja iaitu dari Kedah, Johor dan juga Pahang.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, bagi pendapatnya, beliau (Khairy) sepatutnya antara individu penting yang turut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

“Dikhabarkan beliau terlibat dengan program Askar Wataniah pada malam perlawanan Piala FA tersebut. Pada saya, sekiranya program Askar Wataniah lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan.

“Janganlah hanya memilih untuk pergi ke atur cara yang anda pasti akan menjadi tumpuan majlis tetapi apabila sebaliknya, tidak mahu pergi kerana sudah tahu anda tidak menjadi tumpuan.

“Apabila anda telah menjadi seorang menteri atau ahli politik, yang sebetulnya adalah mengenai berkhidmat kepada rakyat dan institusi negara, bukan berkhidmat untuk kepentingan diri sendiri. Kalau setakat mahu menjadi popular, lebih baik menjadi selebriti, bukannya memegang jawatan sebagai seorang menteri atau ahli politik,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers.

Tegasnya, kepada semua ahli politik dan wakil-wakil Pemuda, keutamaan tugas mereka  adalah turun padang dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengira berapa banyak ‘followers’ di laman media sosial.

Jelasnya, ini bukan soal sukan dan bola sepak sahaja tetapi ini adalah tanggungjawab dan amanah kesemua ahli-ahli politik dalam negara.

Sumber: Sinar Harian

Loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ

Sekianlah artikel “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “Lebih baik KJ jadi askar wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan” – TMJ dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lebih-baik-kj-jadi-askar-wataniah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :