link : Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun
Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun
LONDON – Bintang legenda Britain, Sir Roger Moore, yang terkenal dengan wataknya sebagai James Bond dalam sekuel filem perisikan tersebut, meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Berita rasmi kematian hero prolifik ‘ejen 007’ tersebut diumumkan sendiri oleh ahli keluarga mendiang pada lewat Selasa, menurut laporan dipetik oleh agensi berita antarabangsa, Reuters di sini.
Beliau meninggal dunia akibat penyakit barah di Switzerland. Mendiang mula menjadi aktor Bond sehingga terpaksa memotong rambut panjang disimpannya selama ini menerusi Live And Let Die (1973).
Moore kemudian memegang watak itu dalam The Man With The Golden Gun (1974) dan The Spy Who Loved Me (1977), Moonraker (1979), For Your Eyes Only (1981), Octopussy (1983) dan A View To A Kill (1985).
Keluarga mendiang yang mengesahkan berita mengenai kematiannya melalui akaun sosial Twitter turut mendedahkan bahawa Moore meninggal dunia selepas “bertarung dengan barah”.
Menurut anak-anaknya, mendiang Moore akan disemadikan dalam satu upacara persendirian di Monaco. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Legenda ‘James Bond’ Meninggal Usia 89 Tahun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/legenda-james-bond-meninggal-usia-89.html