link : Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Perkara sebegini dapat mengeratkan silaturahim, dan menjadikan masa tersebut lebih bernilai.
Mungkin ramai yang berpendapat, untuk berkumpul ramai-ramai dalam satu masa agak sukar, kerana ada sahaja perkara lain yang ingin dilakukan sekiranya diminta berkumpul satu keluarga. Sama ada buat kerja sekolah, tengok TV, mengemas dapur, atau pun baca surat khabar.
Tapi, sebenarnya kita mempunyai satu masa yang mana pasti boleh berkumpul sekali berkongsi cerita antara satu sama lain, kerana menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, meja makan adalah ruang penting yang harus ada, dalam menjadi tempat berkumpul, mengapa?
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
[1] Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
[2] Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
[3] Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan.
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga
[2] Ada masa bersosial yang tetap
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan
[4] Anak belajar guna peralatan
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Tahu meja makan tepat berkumpul
[6] Bantu mengemas
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
- Siakap Keli
Demikianlah Artikel Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga
Anda sekarang membaca artikel Ini Pentingnya Mengapa Saat Makan Bersama Perlu Dijadikan Salah Satu ‘Aktiviti’ Dalam Sesebuah Keluarga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ini-pentingnya-mengapa-saat-makan.html