link : Lelaki Curi, Masak Angsa Hitam Taman Rekreasi
Lelaki Curi, Masak Angsa Hitam Taman Rekreasi
CHINA: Dua lelaki dituduh masak dan makan seekor angsa hitam yang dicuri mereka di sebuah taman rekreasi di Shanghai.
Penduduk yang tinggal berhampiran taman rekreasi Xujiahui menyedari seekor daripada lima angsa hitam yang berada di dalam tasik hilang, lapor Radio and Television Shanghai.
Rakaman kamera pengawasan menunjukkan mereka mencuri angsa berkenaan pada lewat malam.
Dua lelaki yang namanya tidak didedahkan, pada mulanya bercadang untuk menangkap ikan namun terhalang oleh rondaan keselamatan di taman.
Angsa berkenaan mati sebelum tiba di rumah dan mereka kemudian merebus dan membekukan angsa berkenaan.
Pada hari berikutnya, barulah mereka memasak angsa berkenaan bersama-sama lobak namun hanya makan separuh dari daging haiwan itu kerana rasanya tidak enak.
Kedua lelaki itu ditahan polis kerana memburu dan membunuh spesies yang dilindungi, petik laporan itu. - Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lelaki Curi, Masak Angsa Hitam Taman Rekreasi
Sekianlah artikel Lelaki Curi, Masak Angsa Hitam Taman Rekreasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki Curi, Masak Angsa Hitam Taman Rekreasi dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lelaki-curi-masak-angsa-hitam-taman.html