link : NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib
NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya mampu menyelesaikan isu perjanjian Bandar Malaysia apabila mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini.
Demikian keyakinan diberikan oleh Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Ter Liong Yap ketika mengulas kunjungan Najib ke Beijing sempena forum 'One Belt One Road'.
"Pihak kami berharap apabila berada di Beijing, perdana menteri tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk memastikan perjanjian mengenai projek Bandar Malaysia dapat diselesaikan dengan berjaya," katanya kepada China Press.
Jutawan terkaya dari China, Wang Jianlin yang memiliki Wanda Group dan Pengerusi Eksekutif Malton Berhad, Tan Sri Desmond Lim Siew Choon serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikatakan akan berganding membida projek Bandar Malaysia di atas tapak bekas Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi ini.
Perjanjian jualan saham Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), dan China Railway Engineering Corperation (M) Sdn Bhd (CREC) ke atas projek Bandar Malaysia disahkan luput berikutan pihak pembeli didakwa gagal menunaikan tanggungjawab untuk melakukan pembayaran. - Sinar Harian
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib
Sekianlah artikel NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NGO Peniaga Cina Yakin Pada Najib dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/ngo-peniaga-cina-yakin-pada-najib.html