Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan

Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan
link : Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan

Baca juga


Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan

 Ribuan botol air minuman bertaburan di atas jalan selepas lori yang membawanya terbalik dalam kemalangan di Kilometer 58, Jalan Kuantan – Kuala Lumpur dekat Maran, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 5.30 petang itu, pemandu lori, Mohd Ridzuan Shafee, 38 dilaporkan patah tangan dan mengalami luka-luka di badan.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mazlan Hasaan berkata, lori treler jenis Nissan milik sebuah syarikat pengangkutan itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan membawa muatan air minuman.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, lori berkenaan dipercayai  hilang kawalan ketika melalui laluan beeselekoh selepas menuruni bukit.

“Akibat kejadian, lori  terbalik dan melintang jalan dari kedua-dua arah.

“Pemandu lori  tersepit dan berjaya  dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh untuk rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati  kemalangan berlaku  disebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaan dan tidak melibatkan kenderaan lain.

“Pemandu lori bagaimanapun masih belum membuat laporan polis kerana sedang menerima rawatan,” katanya.

The post Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan

Sekianlah artikel Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lori terbalik, botol air bertaburan atas jalan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lori-terbalik-botol-air-bertaburan-atas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :