link : Polis, JPJ akan buat saringan Pemandu Uber Dan Grab
Polis, JPJ akan buat saringan Pemandu Uber Dan Grab
Bertolak dari kejadian terbaru di mana seorang berusia 26 tahun yang wanita hamil yang kemudiannya keguguran kandungan akibat dirompak menggunakan pisau oleh seorang pemandu Uber, pihak berkuasa akan mengetatkan proses pengambilan pemandu bagi pengusaha perkhidmatan yang terlibat.
Menurut Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD), dalam masa terdekat, pihak berkuasa akan membuat saringan terhadap permohonan pemandu bagi perkhidmatan perkongsian kenderaan atas talian yang terlibat. Ketika ini, saringan terhadap pemandu-pemandu dilakukan oleh Uber dan Grab sendiri.
Namun, selepas ini, perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis, menurut kenyataan pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar seperti dilaporkan The Star.
“Tindakan ini sangat perlu dilakukan dengan segera kerana kami sudah menerima laporan berkenaan beberapa kejadian serupa. Kami sangat prihatin dengan perkara ini, dan mahukan undang-undang berkaitannya segera diluluskan di Parlimen secepat mungkin,” tambah beliau.
“Mereka (Uber dan Grab) berkata mereka mempunyai sistem saringan yang baik dengan memeriksa latar belakang pemandu dilakukan dengan kerjasama polis dan JPJ. Kini sangat jelas, langkah itu tidak diikuti dengan cermat,” katanya beliau lagi yang sangat terganggu dengan kejadian seperti itu.
SPAD memaklumkan, di bawah pindaan yang dicadangkan ke atas Akta Pengangkitan Darat 2010 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987, suruhanjaya itu berhak ke atas pangkalan data pemandu Uber dan Grab.
“Kami akan melakukan pemeriksaan silang bagi latar belakang pemandu bersama-sama dengan JPJ dan polis sebelum mereka dilantik sebagai pemandu. Mungkin akan berlaku sedikit kelewatan dalam proses ini akibat birokrasi, tetapi ia merupakan langkah yang wajib diambil untuk memastikan keselamatan penumpang,” tambahnya. - Paultan
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Polis, JPJ akan buat saringan Pemandu Uber Dan Grab
Sekianlah artikel Polis, JPJ akan buat saringan Pemandu Uber Dan Grab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis, JPJ akan buat saringan Pemandu Uber Dan Grab dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-jpj-akan-buat-saringan-pemandu.html