Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa

Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artist, Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa
link : Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa

Baca juga


Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa

Pelakon Lufya Omar dilaporkan sudah berbadan dua selepas hampir tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama Che Muhammad Hafiz, yang juga merupakan seorang doktor.

Memetik laporan mStar online, Lufya memberitahu, dia kini sedang hamil empat bulan dan mula berasa mual di peringkat awal kehamilan.

“Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan.

“Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran,” katanya.

Dalam pada itu, Lufya mengakui sejak kebelakangan ini dia lebih peka dengan bau-bauan selain mudah alah dengan beberapa jenis wangian.

“Morning sickness memang ada. Saya jadi lebih peka dengan bau-bauan dan ada di antara bau wangian membuatkan saya rasa nak muntah,” katanya bersyukur keadaannya kini mula beransur pulih.

Selain itu, Lufya bercadang untuk menjalani proses berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa selepas melahirkan anaknya nanti.

“Selepas bersalin, apa yang saya harapkan saya dapat menguruskan badan dengan berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa. Dah kurus baru saya sedia kembali berlakon,” katanya.

Sementara mengenai perkembangan seni, bekas pelajar Akademi Fantasia keenam ini memberitahu, dia dan suami akan tampil menerusi program ‘Romantika’ siaran Astro Ria bersempena bulan Ramadan ini.

Lufya kini turut mengeluarkan jenama pakaian raya sendiri bersama suami bawah jenama ‘Lulu & Ken’.

The post Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa appeared first on Berita Viral.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa

Sekianlah artikel Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lufya Mahu Berpantang Cara Melayu dan Jawa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lufya-mahu-berpantang-cara-melayu-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :