link : Mahfuz Sifatkan Pimpinan PKR Berjiwa Besar
Mahfuz Sifatkan Pimpinan PKR Berjiwa Besar
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pimpinan PKR sebagai berjiwa besar kerana masih sanggup mengekalkan tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor.
Beliau berkata, walaupun PKR dituduh oleh PAS sebagai menentang agenda Islam yang diperjuangkan oleh parti Islam itu, namun PKR tetap menerima Exco PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
“PKR jauh dari dilihat sebagai kaki gaduh yang sesuka hati memecat serta memutuskan hubungan dengan pihak dan parti yang tidak sehaluan walaupun PKR sendiri dituduh dengan tuduhan yang tersangat berat iaitu menentang agenda Islam.
“Umum mengetahui yang memutuskan hubungan kerjasama politik ialah PAS manakala yang mendapat keuntungan politik ialah PKR,” katanya dalam satu kenyataan.
Keputusan itu katanya secara tidak langsung memberi persepsi bahawa PKR sebagai sebuah parti yang mementingkan rakyat dan negeri Selangor.
“Sekalung tahniah dan syabas kepada pimpinan PKR atas keputusan mesyuarat Biro Politik PKR yang bersetuju memberi mandat kepada YAB Datuk Seri Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor untuk mengekalkan tiga Exco kerajaan negeri dari PAS bagi terus berada dalam kerajaan Selangor.
“Keputusan PKR membuktikan jiwa besar pimpinan PKR terhadap PAS dan tetap menerima PAS walaupun dituduh menentang agenda Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Mahfuz Sifatkan Pimpinan PKR Berjiwa Besar
Anda sekarang membaca artikel Mahfuz Sifatkan Pimpinan PKR Berjiwa Besar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mahfuz-sifatkan-pimpinan-pkr-berjiwa.html