link : Mantai Perdana Tahun Ini Berbeza Melibatkan Harga
Mantai Perdana Tahun Ini Berbeza Melibatkan Harga
SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan akan tetap melaksanakan Mantai Perdana tahun ini tetapi dengan cara yang berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya, terutama melibatkan harga.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Mantai Perdana yang akan diadakan bersempena sambutan Aidilfitri bulan depan, akan menyaksikan daging-daging yang akan dijual di sana hanya murah 10 peratus berbanding harga pasaran.
“Kalau dulu tu harganya terlampau murah, di luar harga RM35 kita jual RM20. Kali ni kita akan jual kurang dalam 10 peratus sahaja.
Tahun ini juga kita tidak akan bawa penternak yang kecil-kecilan sebaliknya Mantai Perdana kali ini akan melibatkan penternak yang besar,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Selain itu, Mohamad berkata kerajaan negeri juga mempelawa penternak-penternak yang menternak ayam daging dengan skala yang besar untuk sama-sama menyertai Mantai Perdana ini.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan memberi bantuan kewangan kepada penerima bantuan bulanan baitulmal di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, bagi memastikan golongan ini turut sama dapat meraikan Aidilfitri.
“Jika sebelum ini setiap bulan, mereka dapat RM200, untuk Aidilfitri ini kerajaan negeri mungkin akan menambah RM100, bergantung kepada jenis-jenis bantuan yang mereka terima.
Ini merupakan hasrat kerajaan negeri untuk meringankan beban keluarga-keluarga fakir untuk sambut hari raya,” katanya sambil menambah penerima bantuan baitulmal di negeri ini adalah kira-kira 10,000 orang. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Mantai Perdana Tahun Ini Berbeza Melibatkan Harga
Anda sekarang membaca artikel Mantai Perdana Tahun Ini Berbeza Melibatkan Harga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mantai-perdana-tahun-ini-berbeza.html