Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid
link : Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Baca juga


Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

KUALA NERUS: Kawalan keselamatan di semua pintu masuk di seluruh negara termasuk laluan tikus akan dipertingkatkan bagi memastikan anggota pengganas yang kini diburu pihak berkuasa di negara jiran tidak menyusup masuk ke negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu susulan berlakunya beberapa siri serangan keganasan melibatkan anggota militan di Marawi, Mindanao, Filipina, Jakarta dan Bangkok baru-baru ini.

"Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau perkara ini dengan dekat kerana memang ada kemungkinan mereka yang terlepas lari dari Marawi atau dari Jakarta dan Bangkok akan ke Malaysia kerana kini sedang diburu pihak berkuasa di negara terlibat.

"Kita akan pastikan pintu-pintu masuk akan mempunyai siap-siaga yang tinggi termasuk lorong-lorong tikus serta kawalan sempadan Semenanjung Malaysia ditingkatkan dengan bantuan Polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Mariti Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan ESSCOMM untuk kawalan di Timur Sabah," katanya.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Timbalan Perdana Menteri bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) peringkat Terengganu di Masjid Tok Jembal, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beberapa insiden keganasana melibatkan anggota militan termasuk rakyat Malaysia berlaku di beberapa negara Asia Tenggara termasuk di Maraw di Mindanao.

Serangan oleh tentera Filipina itu dikatakan bermula selepas Dr Mahmud Ahmad, yang juga bekas pensyarah Universiti Malaya UM) memimpin sekumpulan 90 orang anggota militant masuk ke kawasan itu baru-baru ini.

Mengulas mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam aktiviti keganasan Daesh, Khalid berkata PDRM kini telah mengenal pasti orang yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu.

"Kita sentiasa mengemas kini pihak yang terlibat. Apabila keadaan memerlukan kita akan melakukan tangkapan," katanya.

Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah rakyat Malaysia terbabit dengan kumpulan pengganas tersebut.

Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya menggesa agar rakyat di negara ini termasuk umat Islam tidak melakukan pembaziran makanan dalam bulan Ramadan ini.

Ia berikutan statistik dari pihak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, SWCORP mengatakan jumlah pembaziran makanan oleh rakyat negara ini berjumlah 17,800 tan sehari pada tahun lalu.

"Angka ini menggerunkan apabila tibanya Ramadan setiap tahun membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula.

"Analisis SWCORP turut mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang iaitu hampir enam kali ganda melebihi populasi rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, sewajarnya bulan Ramadan mendidik umat Islam berjimat cermat tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila masyarakat sanggup berbelanja besar untuk waktu berbuka namun bila sudah kenyang makanan tersebut terus dibuang.

-- BERNAMA

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid

Sekianlah artikel Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Militan: Kawalan di setiap pintu masuk negara dipertingkatkan - TPM Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/militan-kawalan-di-setiap-pintu-masuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :