link : MU Tumbang Di White Hart Lane
MU Tumbang Di White Hart Lane
LONDON: Wayne Rooney muncul pemain terakhir menjaringkan gol di White Hart Lane tetapi jaringannya belum cukup untuk menyelamatkan Manchester United yang tewas 1-2 kepada Tottenham, sebentar tadi.
White Hart Lane menutup tirai aksi selepas beroperasi 118 tahun dengan kemenangan cukup manis buat penyokong Spurs - sebelum mereka berpindah sementara ke Stadium Wembley musim depan.
Spurs akan kembali semula ke stadium itu yang akan dibina semula di tapak yang sama pada musim 2018-19.
Dalam aksi sebentar tadi, Wanyama membuka tirai jaringan seawal minit keenam untuk memberikan bekalan sebelum waktu rehat dalam perlawanan yang jelas dikuasai tuan rumah.
Harry Kane menambah jaringan ketika babak kedua baru saja berlangsung tiga minit - untuk memastikan Spurs terus kekal di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
Rooney - penjaring terbanyak MU berjaya merapatkan jurang hasil jaringan pada minit ke-71 apabila bijak menyempurnakan hantaran lintang Anthony Martial.
Walaupun Spurs gagal mengejar Chelsea yang sudah pun dinobatkan selaku juara ketika berbaki dua perlawanan, bagi skuad bimbingan Mauricio Pochettino, ia lebih kepada perlawanan maruah.
Kekalahan itu menyaksikan Manchester United yang dikendalikan José Mourinho hanya bergantung harapan kepada trofi Liga Europa untuk layak ke saingan Liga Juara Juara musim depan.
Hanya jika mereka menjulang trofi Liga Europa, United akan layak beraksi secara automatik apabila kuota England sudah diisi Chelsea, Spur serta dua lagi slot yang menjadi rebutan Liverpool, Manchester City dan Arsenal. - REUTERS/AP
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel MU Tumbang Di White Hart Lane
Sekianlah artikel MU Tumbang Di White Hart Lane kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel MU Tumbang Di White Hart Lane dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mu-tumbang-di-white-hart-lane.html