link : Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin !
Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin !
JELI: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang ekonomi Malaysia akan merudum menjelang September depan.
Beliau berkata, dakwaan itu hanyalah khabar angin memandangkan negara sedang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Mustapa berkata, setakat ini, tiada pihak yang mampu membuat unjuran tepat terhadap ekonomi negara walaupun terdapat beberapa perkembangan global yang berlaku di luar jangkaan.
“Yang pastinya ekonomi dunia (dan Malaysia) bertambah baik. Rekod perdagangan kita menunjukkan pada suku pertama tahun ini berkembang kira-kira 23% dan merupakan rekod tertinggi sejak 2010.
“Kita tak pernah jangka ia berlaku. Saya tak nampak apa-apa perubahan dalam landskap pelaburan dan perdagangan (ketika ini), malah dari sudut pelaburan ia meningkat begitu ketara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-4 Politeknik Jeli yang turut dihadiri Pengarahnya, Wan Azlan Wan Ismail hari ini.
Seramai 136 pelajar dalam jurusan Diploma Agroteknologi dan Akuakultur menerima sijil dalam bidang masing-masing pada majlis tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin !
Sekianlah artikel Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mustapa: Dakwaan Ekonomi Kini Merudum, Hanya Khabar Angin ! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/mustapa-dakwaan-ekonomi-kini-merudum.html