Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR

Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR
link : Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR

Baca juga


Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR

Hanya tiga hari selepas membatalkan hubungan politik dengan PKR, PAS dilihat ‘bernafsu besar’ berikutan  mengumumkan akan bertanding di sembilan kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan pada PRU-14.

Pengumuman terbabit dibuat Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad selepas Konvesyen Pilihan Raya Wilayah Persekutuan parti itu pada hari ini, sekaligus menyaksikan PAS bakal menentang bekas sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat serta Barisan Nasional dalam pertarungan tiga penjuru.

Menurut beliau, keputusan meletak calon itu adalah selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa tahaluf siyasi dengan PKR hanya tinggal sejarah.

Berikutan itu, PAS akan melawan PKR di empat kerusi iaitu Bandar Tun Razak,Wangsa Maju dan Lembah Pantai.

Pada ketika ini Lembah Pantai dan Batu disandang oleh Naib Presiden PKR, iaitu Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, dan Tian Chua.

Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju diwakili bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Tan Kee Kwong manakala  Segambut dipegang oleh Lim Lip Eng dari pada DAP.

Wilayah Persekutuan mempunyai 13 kerusi parlimen dan daripada jumlah itu PAS gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihanraya lalu selepas gagal mempertahankan kerusi Titiwangsa serta tewas di Labuan dan Putrajaya yang disandang oleh Barisan Nasional.

Di tanya mengenai peluang PAS untuk menang di Segambut yang juga kubu kuat DAP, Mohamad Noor berkata walaupun bukan kawasan majoriti Melayu beliau mendakwa kemenangan akan memihak kepada parti itu.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan berkata parti Islam itu membayangkan keyakinan untuk bertanding di lebih 100 kerusi parlimen pada PRU-14.

“Kita mungkin akan meletakkan lebih 100 kerusi parlimen yang akan dipertandingkan, cuma 40 itu kita sasarkan menang dan mudah menang,” katanya Ahad

Pada pilihan raya umum lalu, parti itu bertanding di 76 kerusi Parlimen di seluruh negara dan di Wilayah Persekutuan, mereka bertanding di Putrajaya, Labuan dan Titiwangsa.

Bagaimanapun PAS hanya memenangi 21 kerusi Parlimen dan kini tinggal 15 kerusi susulan enam Ahli Parlimen mereka menyertai PAN.


Demikianlah Artikel Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR

Sekianlah artikel Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nafsu besar PAS selepas batal tahalul siyasi PKR dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/nafsu-besar-pas-selepas-batal-tahalul.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :