link : Semua ada peluang muncul juara
Semua ada peluang muncul juara
Melihat kempen promosi rockanova yang cukup agresif di media sosial dan platform lain. Begitu jelas, debaran konsert akhir semakin terasa terutama bagi empat peserta yang layak menempatkan diri ke peringkat akhir program Rockanova yang bakal berlangsung Rabu ini.
Disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, pada 17 Mei ini, melalui Astro Prima (105) dan Maya HD (135) jam 9.30 malam, menyaksikan pertarungan hebat antara Malisa Janudin atau Mel, Azmi Khan Setapar (Azmi), Sri Diana Amir Bashah (Dian) dan Zarith Sofia Mohd Yasin (Zarith) untuk merebut juara.
Menilai daripada tujuh minggu program ini berlangsung, Mel dan Azmi yang juga peserta lelaki tunggal, dilihat mempunyai kelebihan untuk bergelar juara memandangkan persembahan konsisten diberikan setiap minggu.
Bagaimanapun sebagai juri tetap, Edry Abdul Halim yang ditemui sebaik saja konsert separuh akhir (minggu ketujuh), selesai Rabu lalu menegaskan, untuk pertandingan akhir nanti semua peserta mempunyai peluang termasuk Dian dan Zarith.
Katanya, setiap peserta sebenarnya mempunyai peluang sama rata kerana persembahan dilakukan peserta ini dinilai pada minggu terbabit dan bukan dihitung dari pembabitan mereka sepanjang minggu program Rockanova berlangsung. “Mel walaupun dilihat bagus setiap minggu, persembahannya minggu lalu kurang bagus dan berada dalam senarai tiga peserta memperoleh markah rendah. “Andai dia mengulangi kesilapan yang dilakukan dua minggu lalu, mungkin menyebabkan peluangnya menjadi juara agak sukar,” katanya.
Pandangan mengatakan Azmi akan bergelar juara juga kata Edry agak sukar untuk diyakini kerana sepanjang program Rockanova berlangsung, hampir semua peserta lelaki tidak menjadi pilihan penonton.
“Bayangkan dari enam peserta lelaki yang layak, semuanya tersingkir dan Azmi pula peserta yang dibawa masuk juri pada minggu ketiga sebagai kejutan.
“Melihat Azmi berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir adalah sesuatu yang tidak disangka kerana program ini sedari awal memang didominasi peserta wanita,” katanya.
Menilai daripada kemampuan peserta, Edry menyifatkan Azmi peserta paling tidak berpengalaman berbanding peserta lain.
“Mel sudah bertahun-tahun menyanyi di kelab malam sementara Zarith dan Dian walaupun gaya nyanyian mereka lebih kepada pop, kedua-dua mereka boleh mengadaptasikan diri mereka kepada muzik dan corak nyanyian rock. Mereka juga banyak kali menyertai pertandingan nyanyian.
“Kalau hendak dinilai setiap daripada peserta yang layak ke peringkat akhir ini memang susah untuk diramalkan siapakah yang mempunyai peluang lebih. Dengan sedikit kesilapan saja, peluang mereka akan terlepas begitu saja.
“Contohnya ketika persaingan di peringkat separuh akhir seorang lagi peserta, Dayah yang tersingkir sangat bagus sepanjang minggu tetapi disebabkan masalah kesihatan dihadapi pada malam konsert, ia mempengaruhi persembahannya sehingga menyebabkan dia gagal menempatkan diri dipertandingan akhir,” katanya.
Sebagai tenaga pengajar, Datuk Hattan pula tidak menafikan Azmi dan Mel mempunyai peluang bergelar juara. Bagaimanapun katanya, kehadiran Dian dan Zarith dalam persaingan peringkat akhir Rockanova sebenarnya memberi cabaran kepada Azmi dan Mel agar berusaha lebih keras sekiranya mereka mahu bergelar juara.
“Memang kalau kita nilai sepanjang program Rockanova berlangsung, persembahan diberikan Zarith biasa saja. Bagaimanapun pada minggu lalu pada persembahan suku akhir selepas ‘dibelasah’ Edry sehingga dia menangis di pentas, minggu ini dia membuat kejutan dengan memberikan persembahan yang bagus.
“Saya tahu masalah Zarith. Dia cepat hilang fokus tetapi kalau dia fokus dengan persembahan dilakukan, dia boleh menyanyi dan memberi persembahan memukau,” katanya.
Sementara Dian pula kata Hattan, persembahannya ada pasang surut tetapi jika dia keluar dari ruang selesa pada peringkat akhir dan fokus dengan persembahan bakal dilakukan, tidak dinafikan dia boleh mengubah pandangan juri mahupun penonton di rumah.
“Tidak mustahil dia bergelar juara kerana Dian mempunyai bakat dan boleh menyanyi dengan baik cuma jiwa pop lebih tebal dalam dirinya berbanding rock.
“Kalau dia dapat lembutkan lagi persembahan lagu rock dilakukan, pasti dia boleh muncul juara. Disebabkan itu, dalam waktu sama saya katakan Azmi dan Mel punya peluang tetapi mereka tidak boleh berasa selesa dengan pandangan orang keliling. Mereka harus bekerja lebih keras sekiranya mahu menjadi juara,” katanya.
Rockanova juga turut boleh dilayari di Rockanova di www.rockanova.com.my dan turut diberikan sokongan padu oleh sinar.fm, raku dan Astro Gempak.
The post Semua ada peluang muncul juara appeared first on Berita Viral.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Semua ada peluang muncul juara
Anda sekarang membaca artikel Semua ada peluang muncul juara dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/semua-ada-peluang-muncul-juara.html