link : Najib Ucap Selamat Menyambut Perayaan Bot Naga
Najib Ucap Selamat Menyambut Perayaan Bot Naga
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuskan ucap selamat kepada masyarakat Cina di negara ini yang menyambut Perayaan Bot Naga.
“Hari ini, rakyat Malaysia daripada kaum Cina menyambut Duanwu Jie – bagi mengeratkan hubungan sambil menikmati kuih ladu. Selamat menyambut Perayaan Bot Naga!” kata beliau melalui Twitter.
Perayaan itu secara tradisi disambut pada hari kelima bulan kelima kalendar unisolar Cina. Tahun ini, ia jatuh hari ini.
Perayaan itu diadakan bagi memperingati kehidupan dan kematian cendekiawan terkenal Cina bernama Qu Yuan.
Bersempena sambutan itu, masyarakat Cina menikmati ‘zongzi’ atau ladu nasi, manakala antara aktiviti yang diadakan ialah perlumbaan bot naga. – BERNAMA
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Najib Ucap Selamat Menyambut Perayaan Bot Naga
Anda sekarang membaca artikel Najib Ucap Selamat Menyambut Perayaan Bot Naga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/najib-ucap-selamat-menyambut-perayaan.html