link : Lufya AF Sah Hamil Anak Sulung
Lufya AF Sah Hamil Anak Sulung
TAHNIAH diucapkan kepada penyanyi dan pelakon Lufya Omar yang kini sah hamil cahaya mata pertama.
Berita gembira itu dikongsi Lufya pada bulan penuh berkat ini di laman Instagramnya, malam tadi.
“Saya dan suami belum tahu jantina anak. Jika diikutkan, saya mahu anak lelaki dan suami pula suka anak perempuan.
“Lucunya ketika kami singgah ke kedai kelengkapan dan baju anak, suami saya meluru ke bahagian anak perempuan dan saya pula sebaliknya. Tapi tak kisahlah apa jantina anak kami, asalkan dia lahir sihat,” katanya kepada BH Online
Memandangkan suami Lufya, Che Muhammad Hafiz Che Baharum merupakan seorang doktor, bintang ini akui sedikit sebanyak perkara itu memudahkannya dalam tempoh kehamilan.
Dalam perkembangan lain, pasangan ini kini sibuk mempromosikan pakaian baju raya dibawah jenama Lulu & Ken.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 26 November lalu lalu. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Lufya AF Sah Hamil Anak Sulung
Anda sekarang membaca artikel Lufya AF Sah Hamil Anak Sulung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/lufya-af-sah-hamil-anak-sulung.html