Padah Langgar Pancasila

Padah Langgar Pancasila - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Padah Langgar Pancasila, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Padah Langgar Pancasila
link : Padah Langgar Pancasila

Baca juga


Padah Langgar Pancasila


Pihak berkuasa Indonesia akan membubarkan pergerakan Hizb ut-Tahrir Indonesia (HIT) kerana bimbang dengan fahaman radikal yang dibawa kumpulan berkenaan.

Hizb ut-Tahrir memperjuangkan undang-undang Islam dan mahu menyatukan semua negara Islam di bawah pemerintahan khalifah.

HIT mula aktif di Indonesia sejak 1980-an dan mempunyai ramai pengikut di negara itu.

Pengaruh fahaman radikal dilaporkan semakin berkembang terutama selepas bantahan besar-besaran terhadap Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang beragama Kristian pada tahun lalu.

Menteri Keselamatan Indonesia Wiranto berkata, kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang tegas untuk mengharamkan HIT.

“Aktiviti HIT boleh mengancam keselamatan awam dan undang-undang serta membahayakan perpaduan negara,” katanya dalam satu sidang media semalam.

Menurutnya, kerajaan akan mendapatkan perintah mahkamah untuk membubarkan pergerakan berkenaan tetapi menegaskan keputusan itu tidak bermakna kerajaan menentang semua kumpulan Islam.

Hizb ut-Tahrir yang mempunyai cawangan di seluruh dunia turut diharamkan di beberapa negara.

Pergerakan itu sering melancarkan tunjuk perasaan dan ramai anggotanya terbabit dengan bantahan terhadap Basuki atau dikenali sebagai Ahok yang dituduh menghina Islam.

Sementara itu, jurucakap HIT, Ismail Yusanto memberitahu, dia bingung dengan keputusan itu dan menafikan pergerakan itu menentang lima asas pembentukan negara itu atau Pancasila.

“Kami tidak tahu apa masalahnya sehingga kerajaan mahu membubarkan HIT. Kami organisasi berdaftar bukannya haram.

“Siapa yang tuduh kami menentang Pancasila sila kemukakan bukti dakwaan berkenaan,” tegasnya.-AFP
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Padah Langgar Pancasila

Sekianlah artikel Padah Langgar Pancasila kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Padah Langgar Pancasila dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/padah-langgar-pancasila.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :