link : Polis 'serbu' stesen kereta api Paris
Polis 'serbu' stesen kereta api Paris
PARIS: Suasana cemas tercetus di stesen kereta api Gare du Nord di sini apabila kira-kira 30 anggota polis lengkap bersenjata bertindak mengosongkan penumpang dari platform dan menutup kawasan di sekitarnya.
Dalam satu entri yang dimuat naik di Twitter, polis Perancis berkata, satu operasi dijalankan di stesen kereta api sibuk itu yang juga menjadi terminal rangkaian kereta api luar bandar, rangkaian kereta api kebangsaan dan kereta api Eurostar dari London.
Seorang perunding teknologi dari Britain, Dave James Phillips, 39, berkata, beliau sedang menaiki tren terakhir dari London apabila tiba-tiba ternampak anggota polis memenuhi kawasan stesen.
"Tiba-tiba ada ramai polis dan salah seorang daripada mereka meletakkan tangan pada senapang. Sewaktu kami berjalan ke arah platform, salah seorang polis turun dan berkata, cepat, cepat. Keluar, keluar," kata Philip kepada AP.
Phillips berkata, selepas itu beliau meninggalkan kawasan berkenaan.
"Saya berharap tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku," katanya.
Bagaimanapun, beberapa jam kemudian polis mula membuka stesen semula kereta api itu secara berperingkat dan terus mengawal atas sebab-sebab keselamatan.
Antara 20-30 van polis berada di luar tempat kejadian di tengah Paris dengan memakai penutup kepala dan membawa senjata api moden.
"Pemeriksaan keselamatan tamat. Operasi kereta api akan kembali normal secara berperingkat," kata polis Paris di Twitter. - AP/Reuters
Demikianlah Artikel Polis 'serbu' stesen kereta api Paris
Sekianlah artikel Polis 'serbu' stesen kereta api Paris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis 'serbu' stesen kereta api Paris dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/polis-serbu-stesen-kereta-api-paris.html