Paras Sokongan May Menurun

Paras Sokongan May Menurun - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Paras Sokongan May Menurun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Paras Sokongan May Menurun
link : Paras Sokongan May Menurun

Baca juga


Paras Sokongan May Menurun


LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May menyaksikan paras sokongannya berbanding pembangkang Parti Buruh, menurun enam peratus berbanding sembilan peratus minggu lalu.

Menurut akhbar The Times Newspaper, tinjauan dijalankan Survation untuk program Good Morning Britain di saluran ITV menunjukkan, parti Konservatif pimpinan May mencatat sokongan 43 peratus namun Parti Buruh meningkat tiga peratus kepada 37 peratus.

Pada masa sama, May hari ini mengulangi gesaan perlunya kepimpinan kukuh, menggelar pendirian Eropah terhadap Brexit sebagai 'agresif' ketika beliau cuba menaikkan semula momentum politik sebelum pilihan raya pada 8 Jun ini.

Dalam ucapan hari ini, beliau berkata, kedudukan sukar diberi EU bermaksud beliau memerlukan mandat jelas daripada pengundi.

"Mereka menggunakan kedudukan rundingan agresif yang hanya dapat dipenuhi kepimpinan kukuh bagi pihak Britain.

"Jika kita tidak berjaya dalam tempoh lima tahun akan datang, kemakmuran ekonomi kita akan terjejas, pekerjaan dan kehidupan berada dalam risiko yang datang bersama keselamatan dan keselesaan keluarga bekerja," katanya.

May yang mengadakan pilihan raya lebih awal bagi memperoleh majoriti sebelum rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU), menyaksikan sokongan dua digit ke atas Konservatif berbanding Parti Buruh menurun susulan serangan di Manchester dan pusingan-U ke atas penjagaan sosial.

Perdana Menteri Britain itu berkata, beliau juga akan menarik diri daripada rundingan Brexit dengan EU tanpa sebarang perjanjian jika terpaksa.

Namun lawannya dalam pilihan raya minggu depan, Jeremy Corbyn berkata, beliau akan memastikan satu perjanjian dicapai jika memenangi kuasa.

Rakyat Britain akan keluar mengundi untuk memutuskan jika May dari parti Konservatif haluan tengah-kanan atau Corbyn dari Parti Buruh haluan kiri, bakal berunding dengan Brussels dan memeterai satu perjanjian keluar seterusnya memperhalusi hubungan dagangan dan diplomatik negara itu dengan EU.

Pendirian berbeza mereka mungkin menetapkan nada apa yang boleh dijangka Britain dan EU dalam tempoh dua tahun rundingan sukar terhadap segala-galanya daripada berapa banyak yang perlu dibayar ketika keluar sehinggalah urusan sempadan untuk pendatang, barangan dan perkhidmatan. -Reuters
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Paras Sokongan May Menurun

Sekianlah artikel Paras Sokongan May Menurun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Paras Sokongan May Menurun dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/paras-sokongan-may-menurun.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :