Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk

Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk
link : Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk

Baca juga


Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk


SEPASANG kekasih dari Rusia didenda selepas melakukan hubungan seks di dalam sebuah pengangkutan awam yang dikenali sebagai Tuk Tuk di Phuket, Thailand.

Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera kereta oleh penduduk setempat dan dimuat naik di laman sosial sebelum insiden tersebut mendapat perhatian polis tempatan.

Menerusi rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan pelancong warga asing itu tanpa segan melakukan hubungan seks dengan penuh berani di dalam pengangkutan awam yang terkenal di Thailand itu.

“Tak boleh ke mereka tunggu hingga sampai hotel? Betul-betul tak sabar mereka nak lakukan ini,” kata individu yang memuat naik video tersebut dikenali sebagai Sornchai Uadsree.


Perbuatan tidak bermoral itu dirakam pada waktu malam di pantai Patong iaitu sebuah pantai peranginan terkemuka di Phuket.

Phuket News melaporkan, pasangan tersebut telah ditahan semalam dan dibawa ke Balai Polis Karon untuk disoal siasat.

Polis Phuket, Leftenan Kolonel Naruewat Puttawiro berkata, pasangan itu dikesan melalui nombor pendaftaran tuk tuk tersebut.

Pemandu kenderaan itu membawa polis ke tempat tinggal pasangan berkenaan yang tinggal di bandar Phuket.

“Kedua-dua mereka menafikan melakukan hubungan seks tetapi mengaku ada membuka pakaian mereka dan tidak tahu perbuatan itu melanggar undang-undang.

“Kami menjelaskan, dalam budaya Thailand, jika anda membuka baju di tempat awam juga boleh dikatakan perbuatan tidak senonoh,” katanya.

Menurutnya, pasangan kekasih itu didakwa dan didenda ฿500 (RM62) setiap seorang. –MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk

Sekianlah artikel Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Rusia Didenda ‘Mengawan’ Dalam Tuk Tuk dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pasangan-rusia-didenda-mengawan-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :