Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone

Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone
link : Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone

Baca juga


Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone


MASALAH scam atau penipuan bukan hanya sekali dua berlaku, malah sudah ramai yang menjadi mangsa.

Bermacam-macam helah yang digunakan penipu ini, segalanya dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Kali ini melibatkan seorang budak hingusan yang konon mahu melakukan penukaran telefon secara suka sama suka dengan seorang lelaki.

Menurut pengguna Facebook Ezatul Min Ki, kejadian itu berlaku pada rakannya kira-kira jam 4 petang, pada 6 Mei (Sabtu) lalu.

“Korang boleh nilai sendiri. Member datang dari jauh nak swap iPhone 6S Plus dengan iPhone 7 budak itu. Sampai-sampai, macam ini jadinya.

“Bukti screenshot dan video ini sebagai pengajaran untuk semua orang dalam Facebook agar berhati-hati kalau nak COD (cash on delivery) jauh-jauh,” tulisnya.



Difahamkan, mangsa telah bertemu dengan ibu bapa pelajar tingkatan empat berkenaan di rumahnya. Malangnya, ibu bapa pelajar itu boleh pula buat tak endah dan tidak mahu ambil kisah dengan perbuatan anak mereka.

“Mak bapak dia buat tak tahu dan macam tak nak ambil kisah pun pasal anak dia buat kerja menipu sebab budak itu bukan sekali buat kerja itu.

“Masa jumpa keluarga dia, budak itu dengan berlagaknya ‘sound’ balik pada member saya,” katanya.

Lebih menyakitkan hati, pelajar itu cuba menegakkan benang yang basah dengan mengatakan dia masih belum lagi mengambil telefon dan setakat ingin menipu mangsa.

“Nak tangkap aku, tangkaplah. Masalahnya aku tak ambil handphone kau ar! Aku tipu sahaja. Aku pernah sekali tipu orang tu, pastu orang tu datang mintak balikhandphone tu. Aku dah bagi balik handphone kat orang tu. Aku tak buat pape,” kata pelajar itu sepertimana yang dikatakan pemuat naik.

Gambar perbualan WhatsApp dan video yang dimuat naik itu sehingga kini telah dikongsi 7,550 pengguna Facebook.







Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan supaya berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan pelajar tingkatan 4 ini. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone

Sekianlah artikel Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Budak Hingusan Kantoi Cuba Tipu Jual iPhone dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/video-budak-hingusan-kantoi-cuba-tipu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :