link : Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan Di Miri
Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan Di Miri
MIRI – Seorang pelajar tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau di sini maut setelah dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan raya berdekatan lampu isyarat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 12.12 tengah hari ini.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata Leonard Standly, 14, yang tinggal di bandar baru Permyjaya sedang berjalan kaki dari sekolah ke rumah sebelum kejadian berlaku.
“Menurut saksi kejadian, mangsa bersama dua rakan berjalan kaki dan apabila dua rakan sudah melintas jalan, beliau turut sama melintas jalan namun dilanggar sebuah kereta jenis Nissan yang berdaftar dari negara Brunei,” katanya di sini hari ini.
Stanley berkata pemandu seorang lelaki warga Brunei sempat menekan brek namun gagal mengelak mangsa menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu sudah diambil keterangan mengenai kejadian tersebut dan tidak ditahan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan Di Miri
Sekianlah artikel Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan Di Miri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelajar Tingkatan Dua Maut Kemalangan Di Miri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pelajar-tingkatan-dua-maut-kemalangan.html