link : Pemain Bola Sepak Selangor Ditahan Polis
Pemain Bola Sepak Selangor Ditahan Polis
Seorang pemain import Selangor ditahan di Puchong awal pagi tadi selepas didapati memandu sebuah kereta BMW yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Suspek warga Liberia berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Puchong Jaya yang memantau kereta BMW 325i yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, sekitar jam 4 pagi.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata suspek ditahan selepas membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh sebelum menghidupkan enjin kereta berkenaan.
“Hasil siasatan awal mendapati nombor chasis kereta berkenaan tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
“Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan nombor pendaftaran kereta berkenaan direkodkan atas kenderaan lain yang berkemungkinan sudah tidak digunakan lagi namun pemeriksaan masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi.
Katanya, kereta berkenaan bukan dicuri sebaliknya adalah sebuah kereta yang disyaki diklon.
Suspek yang dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi direman dua hari bermula hari ini. – BH Online
Demikianlah Artikel Pemain Bola Sepak Selangor Ditahan Polis
Sekianlah artikel Pemain Bola Sepak Selangor Ditahan Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemain Bola Sepak Selangor Ditahan Polis dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/pemain-bola-sepak-selangor-ditahan-polis.html