link : Penampakan Bunian Di Sungai Panjang
Penampakan Bunian Di Sungai Panjang
Peristiwa yang aku lalui ketika aku menoreh getah..Ada satu kawasan dalam kebun getah tempat aku memotong, membuatkan aku merasa agak hairan ketika melaluinya . Jika melintasi kawasan ini aku akan terbau bauan yang wangi. Sesekali aku terhidu bau yang sama ditempat lain. Mulanya aku tidak perduli. Fikirku mungkin ada ada pokok bunga dikawasan situ. Tapi aku tidak nampak ada sebarang pokok lain disitu selain pokok getah
Tujuan ku berada dikawasan itu hanya untuk mencari rezeki. Aku buang perasaan takut, sekali pun berada ditempat sebegitu berbahaya. Terdedah kepada serangan binatang. Aku matikan tanggapan negetif. Aku iklaskan hati menerima dugaan atau apapun yang akan berlaku. Aku tumpu pada tujuan sebenar ku, bekerja keras demi kehidupanan anak-anak ku.
Setelah sediakan makanan untuk keluarga .Aku merasa terlalu penat dan badan ku terasa berat dan mengantuk. Aku masuk kebilik dan berbaring dikatil. Sebaik aku mahu menutupkan mata, aku terhidu bau yang wangi yang, biasa aku hidu semasa dikebun getah.
Aku terkejut dan membuka mata. Waktu in aku seolah-olah dibawa kekawasan kebun getah tempat aku menoreh. Aku berada ditengah-tengah kawasan kebun getah. Aku melihat susunan pokok getah dihadapan ku. Aku benar benar sedang berdiri memandang kawasan kebun getah tempat aku bekerja
Pandangan ku tertumpu apa gerakan/alunan selendang/ lembaran kain yang melayang-layang didepan . Mencari punca nya, mendongak kelangit, aku melihat lima atau mungkin tujuh helai lembaran kain sayup dari atas langit, terbuai turun mencicah bumi. Semua selendang itu dari satu punca/tempat dan kamudian mengambang seakan bentuk kipas tangan/ separuh bulatan.
Selendang tersebut berwarna kuning, cantik, menyinar seakan kain sutera dipancar sinar lampu. Beralun lembut ditiup angin terapung diudara. Aku melihat saorang kelibat tubuh wanita yang cantik menyusur dari punca kain kebumi. Pergerakkannya pelahan sahaja. Dia sedang menghampiri ku. Aku lihat dia memakai pakaian seakan Pakaian Puteri Cina seperti pakaian dalam gambar-gambar Puteri Han li Po (dalam sejarah Melaka).Pakaian nya dari kain yang amat lembut ,nipis dan berlapis-lapis. Bajunya kembang seakan dress, labuh dan kembang berjela-jela, bertali pingggang sederhana.Tangan baju besar berlapis-lapis. Dikedua lengannya terjurai reben panjang, lebar, lembut, terbang beralun ditiup angin.
Terpaku melihat kecantikan ajaib didepan mata.Warna pakaian hampir keseluruhannya kuning keemasan, hiasan dan kemasan tepi kain berwarna hijau. Terpancar sinaran indah dari busana yang dipakai. Seakan pantulan cahaya keatas cermin. Hiasan kepala sarat dan besar. Aku tidak nampak jelas bagaimana rupa bentuknya. Raut wajah berseri-seri, cantik ,seakan wanita melayu yang berusia lewat enam puluhan.
Pandangan dan riak wajah seperti saorang Ratu/Permaisuri memandang rakyat (seperti dalam filem bangsawan). Benar-benar gaya saorang Raja/ Ratu.Dari puncak langit yang entah aras mana. Dalam keadaan tangan sebelah mendepa dan sebelah lagi memegang kipas tangan terbuka menutupi bahagian tepi kanan pinggang. Ratu itu turun menyusur diatas hamparan selendang/kain berwarna kuning menuju kearah ku.
Berhenti benar-benar didepan ku.Aku tidak pasti perasaan ku ketika itu. Aku tidak pasti sama ada aku aku takut atau tidak. Yang pasti aku rasa kagum. Kagum melihat keajaiban didepan mata, terpesona melihat kecantikan dan keindahan pakaian saorang yang mungkin Ratu/permaisuri/puteri. Merasa ada sentuhan perasaan, seperti saorang rakyat bertemu Permaisuri/Ratu. Aku terpegun kaku disitu.
Hanya sebentar, dan kamudian aku terasa diterbangkan ketempat lain, Sekelip mata aku berada diatas katil ku sendiri. Permaisuri/Ratu/Puteri tadi sedang berdiri memerhatikan aku dari hujung katil. Sebentar kamudian ianya hilang. Bau harum yang biasa aku terhidu oleh ku dikebun getah semakin menipis dan hilang.Apa kah aku bermimpi?.
Rasanya tidak. Sukar untuk ku gambarkan apakah sebenarnya ia nyata atau sebaliknya. Dari logic akal, pekara seperti itu hanya seperti khayalan atau hanya berlaku dalam mimpi sahaja. Tapi aku rasa aku tidak bermimpi. Aku belum tidur lagi ketika itu. Aku dalam keadaan terjaga dan dalam keadaan separuh duduk semasa aku melihat lembaga/makluk/jin(Tidak dapat ku gambarkan apa itu) tiba-tiba lenyap dari pandangan ku dan meninggalkan bau harum dibilik ku.Misteri bertemu “Ratu Kayangan“(agaknya ) turun kebumi dengan menyusur diatas selendang/lembaran kain jadi kenangan dalam hidupku.
This post was created with our nice and easy submission form. Create your post!
Demikianlah Artikel Penampakan Bunian Di Sungai Panjang
Anda sekarang membaca artikel Penampakan Bunian Di Sungai Panjang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penampakan-bunian-di-sungai-panjang.html