Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup

Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup
link : Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup

Baca juga


Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup


TAWAU: Penjenayah rentas sempadan termasuk anggota kumpulan penculik untuk tebusan (KFR) di selatan Filipina, dikenal pasti pembeli utama petrol serta diesel yang diseludup dari negara ini ke negara jiran itu.

Timbalan Ketua Staf Risikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Asisten Komisioner Hassim Justin, berkata bahan api seludup terbabit digunakan untuk pergerakan mereka di Laut Sulu untuk tujuan jenayah.

Beliau mendedahkan, aktiviti penyeludupan bahan api itu dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI) terdiri dari warga Filipina di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

"Berdasarkan maklumat dan risikan, bahan api dibeli oleh PATI dari selatan Filipina di stesen minyak sekitar ESSZONE sebelum diseludup ke negara jiran dan dijual kepada kumpulan penjenayah rentas sempadan.

"Berikutan itu, ESSCOM menggiatkan usaha membanteras kegiatan penyeludupan di ESSZONE bagi melumpuhkan aktiviti mereka," katanya kepada media selepas perasmian Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia di sini, hari ini.

Bengkel itu dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Anti-Pemerdagangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO).

Yang turut hadir ialah Setiausaha Bahagian Pejabat Strategik Nasional (NSO) MAPO, Syuhaida Abdul Wahab Zen; Pegawai Informasi Kedutaan AS Kuala Lumpur, Drake Weisert serta Ketua Staf Pasukan Khas ESSCOM, Senior Asisten Komisioner Mohamad Madun.

Bengkel kali ketujuh itu berlangsung disertai kira-kira 45 wartawan media cetak dan elektronik dari Semenanjung, Sabah serta Sarawak.

Sementara itu, Syuhaida berkata, penganjuran bengkel berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada pengamal media mengenai isu pemerdagangan orang dan migran di negara ini.

Katanya, ia juga membolehkan pengamal media menyalurkan laporan lebih mendalam mengenai isu berkenaan sekali gus memberi kesedaran kepada masyarakat.-BHOnline

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup

Sekianlah artikel Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penculik Dikenal Pasti Pembeli Utama Petrol Seludup dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/penculik-dikenal-pasti-pembeli-utama.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :