Prihatin Keselamatan Media

Prihatin Keselamatan Media - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Prihatin Keselamatan Media, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia News, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Prihatin Keselamatan Media
link : Prihatin Keselamatan Media

Baca juga


Prihatin Keselamatan Media



SHAH ALAM - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menganjurkan kempen kesedaran dan latihan berkaitan amalan kerja selamat bagi warga media pada tahun ini.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyatakan persetujuan menyokong penuh program itu setelah memorandum inisiatif itu diserahkan kepadanya.

“Beliau sedar akan risiko dan ancaman dihadapi pengamal media dan mengarahkan pegawai kementerian supaya menyokong program yang akan melibatkan organisasi media seluruh negara,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke pejabat menteri itu, semalam.

Menurutnya, kes terbaru melibatkan pembunuhan warga asing berprofil tinggi menunjukkan kelemahan aspek keselamatan warga media apabila mereka terdedah kepada racun VX ketika membuat liputan.

Beliau berkata, Niosh dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menerbitkan buku panduan keselamatan komprehensif bagi warga media apabila berlakunya kemalangan maut melibatkan jurukamera Bernama TV pada 2011.

Di dalam insiden itu, Noramfaizul Mohd Nor terbunuh akibat terkena peluru sesat ketika membuat liputan misi bantuan kemanusiaan di Mogadishu, Somalia pada 2 September, 2011.

Katanya, walaupun insiden tersebut meragut nyawa, masih ada wartawan yang dihantar membuat liputan di tempat berisiko tinggi tanpa memakai peralatan perlindungan sesuai atau pengetahuan cukup mengenai bahaya yang bakal dihadapi.

“Organisasi media tidak sepatutnya tunggu sehingga berlaku satu lagi kemalangan untuk mempraktikkan amalan kerja baik berdasarkan garis panduan dikeluarkan itu.

“Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, majikan wajib menyediakan persekitaran kerja selamat dan sihat untuk pekerja mereka,” katanya.

Lam Thye berkata, pengamal media akan terdedah kepada penyakit dan ancaman alam sekitar yang lain semasa membuat liputan bencana alam atau wabak, manakala mereka yang dihantar ke zon perang dan kawasan konflik mungkin tercedera atau terbunuh.

Tegasnya, kempen kesedaran untuk profesional media sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat Niosh dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan agensinya.

Selain Kuala Lumpur, beliau berkata program yang sama akan diadakan di pejabat cawangan Niosh seluruh negara bagi membolehkan lebih ramai profesional media mendapat manfaat.

Peserta akan mempelajari kaedah menilai risiko di tempat kejadian dan mencari cara terbaik mengurangkan atau elak kemalangan daripada berlaku semasa bertugas.

“Peranan utama profesional media adalah mendapatkan berita, bukan jadi subjek berita. Mereka tidak akan dapat lapor berita jika cedera atau terbunuh ketika bertugas,"katanya. -SH
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Prihatin Keselamatan Media

Sekianlah artikel Prihatin Keselamatan Media kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Prihatin Keselamatan Media dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/05/prihatin-keselamatan-media.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :